Thursday 31 January 2013

TEMAN ADALAH LAMBANG KEPERIBADIAN KITA...Betul ke?



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPQqe6nnTvvnNbEJP-9dFnQUQeyc7AuCy-1TLYoQdsDnKIRDq-J0TOpnusc67I8QWTtNxs8TORzVmAvXCVv33S5auvsZqDFOiXa7nioTiv3q1tN04_TfRWnC94zaCOOhCHPWxJSchtxXu2/s1600/3193041519_06b931fd9e%255B1%255D.jpg

Pilih teman

bawa kita ke arah kebaikan



MELIHAT gelagat remaja dewasa kini amat membimbangkan. Memang bukan semua bermasalah namun ramai remaja yang nampak tidak kena.
Terdapat beberapa faktor yang membuatkan kita rosak, antaranya teman dan salah memilih sahabat.
Marilah sama-sama kita memberi perhatian serius terhadap pemilihan sahabat.

Carilah teman baik yang dapat membantu. Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati.

“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (Hadis riwayat al-Hakim).


Allah s.w.t mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, mereka tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari daripada berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang.

Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, mereka dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri sebagai seorang manusia normal.

Itulah antara hikmah kenapa Allah mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.

Ada sahabat yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi suka duka bersama kita dan tidak kurang juga sahabat yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan saja.

Pendek kata, sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang. Justeru, jika salah pilih sahabat pasti kita akan merana dan menerima padahnya.

Selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (Hadis riwayat Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

    Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ibu bapa berhati-hatilah jika memilih sahabat kerana sahabat kita boleh bahagia dan sahabat juga mampu menjahanamkan kita.

    Berhati-hatilah atau tinggalkan saja sahabat seperti di bawah:
  • Sahabat yang tamak iaitu hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan mereka hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit iaitu menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal lampau, atau hal mendatang. Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong. Jika ada kesempatan membantu, dia tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu. Mereka setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah.

    Yang parahnya, dia setuju dengan hal yang dia tidak berani menjelaskan kebenaran. Di depan dia memuji dan apabila di belakang dia merendahkan diri atau mengkhianati amanah kamu.
  • Sahabat yang boros dan suka berhibur. Golongan itu menjadi kawan jika kamu suka berpesta, berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya




  • Zikrullah

    Prasangka buruk makan diri

    HATI manusia tidak dapat dikawal untuk mereka
    fikir, kata dan tuduh apa saja. Itu semua di luar jangkaan kita.
    Ilmu dan kehendak mereka itu kemudian akan menghasilkan tindakan dan pelbagai tindak-tanduk.

    Jika baik hati mereka,
    maka baiklah cakap mereka,
    baiklah layanan dan sangkaan mereka.
    Tetapi jika hati kotor,
    apa lagi tindakan akan diterjemahkan segala hitam
    yang bersarang di hati itu.

    Sebenarnya yang mengukur baik dan buruk seseorang
    bukannya manusia kerana mereka tidak mempunyai
    kuasa melakukannya.

    Yang paling mengetahui apa yang ada
    dalam hati kita ialah Allah.
    Dialah yang menilai kebaikan kita,
    memberi rezeki serta memberi kehidupan kepada kita.

    Manusia
    memang suka bersangka-sangka.
    Apa lagi sangkaan yang buruk.
    Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring.

    Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir.
    Contohnya, jika hati yang berbaur dosa dan dengki
    akan mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata
    perempuan itu memakai susuk.

    Demikian juga
    apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai.
    Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong.

    Memang manusia punya hak untuk bersangka.
    Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung.
    Hati tenang, minda damai, jiwa harmoni,
    disenangi dan mudah mendapat kawan.

    Jika sangkaan itu buruk,
    jiwa pastinya akan sengsara.
    Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik.
    Pendek kata semua tidak kena.

    Sebab
    semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir,
    sedangkan diri sendiri tidak difikirkan.
    Tabiat bersangka buruk terkena pada semua golongan
    tidak kira orang tua dengan cara dan kepakarannya
    manakala orang muda dengan kehangatannya.

    Jika kita hendak layan
    semua sangka buruk orang dan semua hati
    kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita.

    Lihatlah kisah dan sejarah Luqman al-Hakim
    dengan anaknya yang menaiki seekor keldai.
    Dalam perjalanan orang kata:

    “Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu.”

    Selepas itu,
    Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah.
    Orang kata juga:

    “Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah.”

    Kemudian mereka bertukar posisi lain pula,
    anak naik keldai manakala Luqman pula
    yang tarik dari bawah.

    Orang mengata juga,
    anak macam itu buat ayahnya macam hamba.
    Justeru, cara terbaik ialah
    merawat kembali penyakit buruk sangka.

    Berubahlah dengan memperbaiki diri sendiri.
    Membaiki diri bersungguh-sungguh dengan membersihkan hati
    daripada sifat keji (mazmumah) kepada sifat terpuji (mahmudah).

    Perhatikan juga siapa kawan di sekeliling kita.
    Adakah kawan kita itu mendorong ke arah
    kebaikan atau keburukan?


    Jika kita
    dapat menewaskan nafsu jahat
    dalam diri sendiri, nescaya kemenangan hidup
    pasti berpihak kepada diri kita.


    Proses berubah jadi baik mungkin
    tidak semudah disangka, namun sekiranya hati dan akal
    sudah bertekad dan ada kesungguhan,
    Allah pasti permudahkan jalannya.

    Ruang untuk perbaiki diri
    sentiasa ada dan terbuka.
    Justeru, tepuk dada tanya diri.
    Mahu berubah atau tidak?


    Beberapa cadangan diutarakan, antaranya:

  • Berbaik sangka dengan semua orang. Tafsirkan segala yang kita lihat secara positif.

  • Tanamkan rasa takut pada kemurkaan dan azab Allah apabila anda berprasangka buruk.

  • Sucikan hati dengan banyakkan berzikir.

  • Luangkan masa untuk banyak melakukan muhasabah diri.
  • Photobucket

    CEMBURU????

    KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga.

    Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.

    Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.

    Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.

    cemburu
    “Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan. Sebaliknya, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran.

    “Dari situ kita boleh nilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak. Faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami. Sebaliknya, kurangnya keyakinan, dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada masalah ini. Ini lebih berkaitan dengan psikologi seorang itu,” katanya.

    Beliau berkata, kurang persefahaman dan interaksi kedua-dua belah pihak membuatkan masalah itu semakin meruncing. Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini.

    Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada sifat itu tidak boleh dipandang enteng.

    Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh isteri jika hilang pertimbangan.

    Dalam hubungan ini, Prof Suradi berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya. Keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan serba sedikit mengurangkan perasaan cemburu suami.

    Tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.
    “Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan yang bakal dikahwini. Ini serba sedikit membantu wanita supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak.
    “Jika bakal suami anda menunjukkan sikap cemburu keterlaluan, elok wanita itu berfikir panjang jika ingin membina hubungan yang lebih serius kerana bimbang banyak perkara buruk boleh berlaku selepas mereka berkahwin.
    “Suami juga tidak boleh ambil sikap lepas tangan dan hanya menyalahkan wanita semata-mata. Mereka seharusnya bertindak menyiasat dulu perkara yang menjadi punca kepada perasaan cemburu itu.
    “Sewajarnya, suami tidak boleh bertindak melulu tanpa sebarang bukti kerana ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap hubungan perkahwinan,” katanya.
    Beliau berkata, dari aspek psikologi psikologi seseorang yang bersikap sebegitu biasanya kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk serta was-was kepada pasangannya.
    Selain itu, seseorang yang mempunyai pengalaman masa lampau yang buruk akan sentiasa menganggap pasangannya tidak boleh dipercayai. Faktor keistimewaan yang dimiliki isteri antaranya berpendidikan tinggi dan mempunyai daya tarikan fizikal menarik juga menjadi punca kepada masalah ini.
    “Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri.
    “Kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini,” katanya.

    Panduan elak pasangan cemburu
    1. Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami tidak syak wasangka.
    2. Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.
    3. Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang
    4. Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.
    5. Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.
    6. Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan.
    Wallahu’alam.

    BERDIKARI KE PENTINGKAN DIRI SENDIR???



    Pentingkan diri sendiri jangan memakan diri...klise ayat di atas..itu lah tajuk perkongsian saya hari ini.  


    Kadang pentingkan diri sendiri ni bagus pada perkara-perkara yang sepatutnya Maksudnya mengabaikan permintaan orang lain yang boleh menjurus kepada kemusnahan diri kita dan kita tetap meneruskan aktiviti kita yang mendatangkan faedah. Kita mungkin pentingkan diri sendiri kerana tidak sama-sama mengajak orang lain untuk melakukan perkara yang menguntungkan ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan pergaduhan dan huru-hara. Apa pun jarang sangat orang kata ianya pentingkan diri sendiri dalam hal begini.

    Selalu yang berlaku kita dikatakan pentingkan diri sendiri bila melakukan sesuatu tidak kira baik atau buruk yang kita rasa memberi keuntungan kepada diri kita tetapi tidak memperdulikan jika sama ada ianya memberi kesan buruk atau sebaliknya kepada orang lain  Biasanya ia akan menimbulkan rasa marah pada orang lain.

    Bagaimana dengan sikap pentingkan diri sendiri yang begini?

    KALAU KITA SEORANG GURU - Kita menjadi guru yang mengajar anak murid dalam erti kata sekadar mengajar tanpa memperdulikan sama ada anak murid kita faham atau sebaliknya Kita hanya tahu masuk ke kelas dan mengajar mengikut silibus yang ditetapkan hinggalah habis masanya. Tiada rasa risau jika ramai anak murid yang salah semasa menjawab soalan Kita hanya faham bahawa tugas mengajar kita sudah selesai, selebihnya pandai-pandailah anak murid nak faham atau tidak.

    KALAU KITA SEORANG IBU/BAPA -Sebagai ibu dan bapa yang tahu tentang pentingnya ilmu agama tetapi hanya untuk diri sendiri. Mereka sering mengikuti kelas-kelas agama untuk diri sendiri agar lebih pandai dan tahu tentang agama Tetapi mereka abaikan keperluan ilmu agama pada anak-anak mereka dengan harapan anak-anak dah dapat di sekolah. Atau pun dah suruh sekali dua tetapi anak-anak tak mahu maka lantak koranglah.

    KALAU KITA SEORANG USAHAWAN - Kita berniaga hanya untuk mencari keuntungan. Tidak kisahlah jika isi bahan niaga kita mengandungi unsur-unsur yang haram terutamanya makanan. Bagi kita tidak mengapa bahan mentah kita ambil dari pembekal yang bukan Islam walau pun yang Islamnya ada. Apa yang penting bagi kita adalah keuntungan komisyen yang lebih tinggi.

    Mungkin ada banyak lagi contoh yang kita tak berapa perasan pun ianya juga antara sikap pentingkan diri sendiri. Cuma contoh sebegini sebenarnya akan merosakkan kembali diri kita mungkin belum di dunia tetapi di akhirat nanti. Keuntungan yang kita harapkan akan menjadi kerugian yang besar buat diri kita di kemudian hari.

    Melakukan kebaikan adakalanya mudah dan adakalanya sukar, tetapi itulah yang wajib kita lakukan. Bukan semua bersikap begini, ramai lagi yang jujur dan sentiasa memikirkan kepentingan orang lain. Mereka ini biasanya tidak ingin menyerlah tetapi kita dapat merasainya.

    Tepuk dada tanya selera...minta pandangan iman, tawakal dan berserah pada Pencipta!

    Kita hidup bukan semata-mata untuk diri sendiri


    Hidup kita ini bukan sekadar individu atau sorang-sorang saja. Bukan hanya memikirkan kepentingan untuk diri sendiri semata-mata. Perlu juga melihat kesannya pada orang lain atas tindakan kita. Dalam erti kata lain, jangan syok sendiri.

    Kita hidup dalam kelompok masyarakat yang terdiri daripada jiran-jiran, rakan-rakan, adik-beradik dan tentunya juga suami, isteri dan anak-anak. Kepentingan mereka juga patut kita ambil kira jika ianya akan terganggu akibat perbuatan kita. Jika terpaksa diganggu, maka perlu juga mendapat ihsan dan rasa tolak ansur dari mereka.

    Bak kata siri kartun 'Wonder Pets' ; "Apa yang penting? Kerjasama!".

    Berkerjasama, bertolak ansur dan saling menyokong kerja-kerja yang baik itu dapat membina satu kelompok yang harmoni dan bertimbang rasa. Bukan hanya memikirkan kesusahan kita sahaja sedangkan bila kita memerlukan kerjasama di pihak yang lain, tidak sedikit pun kita memikirkan kesusahan yang bakal dialaminya.

    Perkara yang mudah jangan pula kita susah-susahkan. Kadang yang susah juga menjadi mudah jika kita tidak terlalu berkira dan berlapang dada. Mudahkan saja jika memang itu yang terpaksa kita lalui atau tiada pilihan lain yang lebih bagus.

    Contohnya bila ada jiran yang buat kenduri. Tentu saja akan sesak kawasan hadapan rumah kita dengan kereta yang akan parking sesuka hati oleh tetamunya. Jangan marah, jangan susah-susah! Lepaskan saja rasa yang tidak baik itu dan berlapang dada. Tidak mengapa, letakkan kereta kita jauh-jauh sikit agar mudah nak keluar jika kita memerlukannya. Bukan lama pun nak susah begitu, cuma sehari dua saja. Ini hari dia, nanti bagaimana pula kalau anak kita yang nak buat kenduri kahwin.

    Jangan sesak-sesakkan kepala nak marah-marah, bermasam muka, berkerut dahi dek kerana tak puas hati. Adakalanya kita tak mampu mengawal orang lain untuk menurut kehendak kita dengan bersikap menentang. Kadang elok diturut dulu dan kemudian baru memberi pandangan kita.

    Umpama anak kecil yang inginkan gula-gula dengan segera, maka sesuai dulu kita ikut rentaknya dengan bertanya "Ooo... adik nak gula-gula?". Tentu saja si kecil akan reda sekejap dari menagis sambil mengangguk.

    Tambah lagi "Adik suka gula-gula yang begini?", kemudian pandai-pandailah kita nak putar-putarkan segala nasihat yang perlu untuknya. Kadang menjadi kadang tu tidak jugakan. Tapi itu lebih baik daripada terus menolak kerana sifat penolakan kita yang pertama itu boleh meninggalkan kesan dendam di hati seseorang walau pun anak sendiri.

    Jadi kalau kita tak mahu marah-marah, tak mahu pening-pening eloklah kita jangan fikirkan susah kita saja. Ingat-ingatlah kalau kita juga ada buat orang lain susah dan dia rasa macam tu juga. Maka, redha je lah ye! Buanglah sifat pentingkan diri sendiri, saling menyokong dan bekerjasama itu sebaiknya. Nanti kita juga yang untung sebab hati pun tenang jadi kurangkan risiko dapat penyakit-penyakit darah tinggi, jantung akibat stress.

    Semoga perkongsiaan ini tidak menyentuh mana-mana hati .

    Wednesday 30 January 2013

    TUNGGU DAN LIHAT...TABIAT ORANG KITA?

    As Salam... Sedang sibuk siapkan kerja2 yang terbengkalai selepas bercuti panjang...Sempat membaca artikel2 dari blog kawan2...tertarik saya pada satu cerita tentang nilai, budaya, gaya dan keunggulan orang2 kita...maksud saya...oragng melayu..org malaysia...mana2 yang berkenaan la...

    Terpanggil juga untuk menulis apabila sepanjang pagi tadi sempat ber'chat' dgn rakan baru di laman sosial...Katanya He is a loser! Tersentak juga....Tak mungkin begitu sekali persepsi yg dia labelkan utk diri sendiri... Doa saya mengiringi dia...kerana pada saya..kata-Kata Kita itu Doa Kita... Saya harap bukan doa dari dia...

    Sedih juga..untuk diri saya sendiri! Sebab saya sendiri telah terlalu banyak melalui kekecewaan..kesedihan...kesusahan...ditipu..menipu..tertipu!!! lengkap la kitaran hidup saya diwaktu menjangkau usia 4 angka ini...Doa saya agar artikel ini mampu membuka minda rakan baru saya ini... Insya Allah

    Artikel yang  menitikberatkan nilai-nilai moral yang tinggi. Nilai-nilai murni ini sebenarnya sudah kita pelajari sejak di bangku sekolah lagi, namun semakin besar diri kita, semakin besar juga angkuh dalam fikiran kita. Tiada yang lebih indah dalam hidup ini selain berkongsi ”kasih” sesama insan ciptaan Tuhan. Saya rasakan diri ini lebih tenang apabila fikiran kita sentiasa tertumpu kepada segala kebaikan yang kita lakukan.

    Saya juga berterima kasih kepada sahabat blogger  kerana sudi bekerjasama bagi merealisasikan salah satu azam baru saya pada tahun ini. Saya baru sahaja membeli sebuah Facebook Fanpage dan juga blog Wallinside khas untuk edisi luar negara yang mempunyai beberapa puluh ribu peminat, di khaskan untuk blog perkongsian saya, dengan harapan supaya ia terus meningkat dalam beberapa bulan lagi dari sekarang. Saya rasa ia adalah satu permulaan yang baik jika kita ingin mendapatkan lebih ramai prospek dalam perniagaan atau blog kita.

    Rasanya sudah ramai yang tahu apa kelebihan memiliki Facebook Fanpage yang ramai ini kan. Jika anda seorang usahawan, anda boleh menggunakan Facebook Fanpage tersebut sebagai medium pemasaran produk perniagaan yang menguntungkan. Saya tengok semakin ramai blogger yang menggunakan kuasa Facebook ini untuk meningkatkan pendapatan blog mereka melalui aktiviti pengiklanan.

    Baca kelebihan memiliki ramai “follower” Facebook Fanpage yang di tulis oleh sahabat blogger di sini dan di sini dan blogger ini.

    Jika sebelum ini saya sering membuat alasan apabila tiba dalam soal mengeluarkan modal ini. Tabiat yang suka “tunggu dan lihat” selama ini sebenarnya hanya merugikan diri saya sendiri. Kejayaan seseorang itu adalah bergantung kepada tindakan yang kita ambil mulai hari ini. Hidup kita tidak akan berubah selagi tiada sebarang tindakan susulan.

    Mulakan sedikit demi sedikit, lama-kelamahan akan menemui kejayaan juga akhirnya. Bak kata pepatah, “kayuh pelan-pelan”, akan sampai juga akhirnya ke destinasi yang kita tujui nanti. Saya sarankan kepada semua pembaca blog ini supaya mulakan tindakan terbaik hari ini untuk mencapai impian masing-masing. Well done is better than well said.  ~Benjamin Franklin. Kepada yang sudah menemui kejayaan, tahniah di ucapkan.

    Apapun tindakan yang ingin kita lakukan dalam hidup, saya doakan yang terbaik dan semoga semuanya akan di permudahkan dan di berkati Tuhan. Tindakan yang terbaik adalah tindakan yang di sertai dengan iman dan kepercayaan seperti yang di katakan oleh Nick Vujicic dalam buku keduanya bertajuk “Unstoppable” - From no limbs to no limits.

    Salah satu ayat yang paling saya suka yang di tulis beliau dalam bukunya berbunyi begini “If you want to have an impact in this world, you must put your beliefs and your faith into action. Apapun agama yang kita percaya dalam hidup, always believe the incredible power of Faith in Action

    Akhir sekali, salam kasih dari saya, dan andainya ada kata-kata yang telah menyinggung perasaan dan perkongsiaan ini juga saya petik dari rakan blogger yg saya agak kagum dgn barisan bait bahasa yang digunakan....

    Monday 28 January 2013

    FIRMAX-3 Mampu mengatasi masalah Jeragat dan Kulit Kusam

    JERAGAT, MELASME DAN KESAN FORMULA FIRMAX-3

    FIRMAX-3
    KRIM PENEGANG YANG BERKESAN SERTA MERTA

    FIRMAX3 sebagai penstabil hormon yang sempurna ,krim firmax3 ialah formulasi sempurna dan diakui sebagai pemulih hormon semulajadi yang terbaik FIRMAX-3 merupakan formula BIO-PERUBATAN yang lebih efektif dan berkesan.kandungan istimewa diketahui mengimbangi pengeluaran hormon secukupnya untuk kesihatan dan kehidupan yang sempurna .juga sebagai pencegah phytohormone ,mengimbangi metabolism, antioksida dan merehatkan otot.
     RM 150 
    untuk kegunaan 4 - 6 bulan...
    sangat berbaloi







     
     






    Sunday 27 January 2013

    DUTA FIRMAX-3 DARI NASUHA BEAUTY AND HEALTH CLUB

    As Salam...Hari ni saya nak kongsi 3 anakanda saya yang juga duta NASUHA BEAUTY AND HEALTH CLUB yang menjadi pengguna FIRMAX-3 FORMULA


     RM150 

    (untuk dapatkan harga diskaun, hubungi NBHC)

    FIRMAX-3 Lifting and Firming Cream

    FIRMAX-3 sebagai penstabil hormon yang sempurna
    Krim FIRMAX-3 ialah formulasi sempurna dan diakui sebagai pemulih hormon semulajadi yang terbaik – bintang baru dalam bio-perubatan yang lebih efektif dan berkesan. Kandungan istimewanya diketahui mengimbangi pengeluaran hormon secukupnya untuk kesihatan dan kehidupan yang sempurna. Juga sebagai pencegah jangkitan, menukarkan phytohormone, mengimbangi metabolism, antioksida dan merehatkan otot.

    FIRMAX-3 Formula yang mengunakan teknik nano terkini,Firmax-3 membantu mengembalikan keanjalan kulit wajah serta menaikkan seri wajah. Berupaya membantu menghilangkan jeragat dan lingkaran di bawah mata serta menghilangkan dagu yang berlapis. Dengan secalit di nadi,ianya menunjukkan kesan dalam beberapa minit sahaja. Firmax-3 mengunakan bahan-bahan extract seperti kigelia africana,apple stem yang terbukti nyata berkesan yang tidak membawa kesan sampingan.
    Bersama menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Agen dan stokist juga di alu-alukan.

    019-5386485

    Saturday 26 January 2013

    ALLAH MAHA MENGETAHUI...AL-FATIHAH BUAT MUJAHIDAH SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

    menitis air mata saya membaca petikan artikel dari rakan blog ini....

    Khamis, 24 Januari 2013

    RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
    Assalamualaikum wbt.
    Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 
    _________________________________________________________________________________
    6 Jan 2013 (Ahad)
    Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

    7 Jan 2013 (Isnin)
    Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

    8 Jan 2013 (Selasa)
    Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

    9 Jan 2013 (Rabu)
    Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

    10 Jan 2013(Khamis)
    Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

    Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
    11 Jan 2013 (Jumaat)
    Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
    Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                       
    Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
    Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

    12 Jan 2013 (Sabtu)
    Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
    Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

    13 Jan 2013(Ahad)
    Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
    Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

    Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

    Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

    14Jan 2013 (Isnin)
    Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

    Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

    Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
    15 Jan 2013 (Selasa)
    Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

    Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

    Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
    Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

    Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

    16 Jan 2013(Rabu)
    Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

    Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

    Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

    Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

    Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

    Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

    Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
    Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

    17 Jan 2013(Khamis)
    Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

    Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

    Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

    Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

    Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

    Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

    18 Jan 2013Jumaat)
    Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
    Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

    19 Jan 2013 (sabtu)
    Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

    Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

    Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

    Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

    Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
    20 Jan2013 (Ahad)
    Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

    Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
    SITI HAJAR 
                                                                                                                    
    Engkau bermula dengan sengsara
    Dalam mencari bahagia
    Terasa bagai bayang bayang
    Gelap walau di suluh cahaya
    Pepasir pantai pun berubah
    Pabila HAKIKAT melanda
    Ketenangan yang kau cari
    Terpancar di lorong sufi
    Kelunakan tangisan kasihmu
    Dalam simpuhan ketaatan
    Bagi mengharapkan keredhaan
    Darimu TUHAN pencipta Alam
    Sungguh agung pengabdianmu
    Kau berjaya menjadi iktibar
    Ayuh bersama kita susuri
    Perjalanan kekasih Allah