As Salam buat semua rakan...
Di pagi jumaat penuh baraqah, saya terpanggil untuk berkongsi 1 artikel...TAMAK...
Macam biasa, kerap kali rakan2 laman sosial saya banyak memberi saya sumber inspirasi untuk menulis tentang gelagat dan sikap MANUSIA.. Hari ini saya berkongsi tentang sikap dan sifat TAMAK!!! Bukan tamakkan duit atau harta atau ilmu..tapi sifat Tamak yang wujud dari sikap Pentingkan diri sendiri... Mungkin ini kesinambungan dari artikel semalam..iaitu PENTINGKAN DIRI SENDIRI..
Bidang latihan kerohanian menekankan soal
menyerah diri kepada Allah s.w.t. Orang yang maju dalam bidang tersebut
adalah orang yang memisahkan dirinya dari pengaruh duniawi dan makhluk
sekaliannya, hatinya hanya terikat dengan Allah s.w.t.
Latihan kerohanian
mendidik hati agar berpisah daripada diri sendiri iaitu berpisah dengan
kehendak diri sendiri, cita-cita, angan-angan dan fikiran lalu masuk ke
dalam penguasaan Iradat Allah s.w.t.
Orang yang dikuasai oleh Iradat Allah
s.w.t tidak mempunyai kehendak melainkan keinginan mahu menghampirkan diri
kepada Allah s.w.t, maksud dan tujuan hanyalah Allah s.w.t, fikiran dan
renungan hanya kepada Allah s.w.t, tidak ada lagi kekuatan yang tertuju
kepada selain Allah s.w.t.
Jika seseorang murid menghadapi kesukaran untuk berserah diri dan bergantung kepada Allah s.w.t, susah pula melepaskan keinginannya serta menghilangkan gambar-gambar benda alam dari hatinya, maka periksalah hati itu pasti akan ditemui bahawa hati itu menghidapi penyakit tamak atau loba.
Jika seorang lelaki yang belum lagi bergelar suami kepada seorang wanita, menanam sikap tamak yang menampakkan sifat kehinaan ..malang la masa depan wanita itu. ..Alasan sang lelaki sangat mudah..
"Lelaki boleh kawin 4, perempuan hanya 1"
Dangkalnya akal sang lelaki...belum apa2 lagi dah sampai ke tahap alam perkahwinan... Tamak yang kadang kala bertukar menjadi mengongkong kebebasan...fizikal dan mental...Malang nasib wanita...Pendeknya akal sang lelaki.
Tamak diibaratkan sebagai benih yang menumbuhkan pokok kehinaan. Dahan-dahan kehinaan akan menjalar dan terhulur ke sana ke mari. Penyakit tamak akan mengikis perasaan malu dan menghapuskan maruah diri dan memakaikan pakaian kehinaan kepada orang yang berkenaan. Dia menjadi hina pada pandangan makhluk dan lebih buruk lagi kedudukannya di sisi Allah s.w.t.
Dia umpama anjing yang lidahnya sentiasa terjulur melihat apa yang ada di dalam tangan orang lain. Si anjing tidak memperdulikan apakah dia dimaki, dihalau atau dipukul asalkan dia boleh dapat apa yang dia mahu. Si tamak melihat seolah-olah rezeki yang diperuntukkan kepadanya tidak ada sempadan, sementara rezeki yang diperuntukkan kepada orang lain masuk ke dalam sempadan rezekinya, sebab itu menjadi haknya untuk mengambil apa yang masuk ke dalam sempadannya.
Si tamak tidak memperdulikan bagaimana dia mendapatkan apa yang dia hajati, apakah dengan menadah tangan, memujuk rayu, menipu atau memaksa.
Tamak timbul dari waham iaitu syak wasangka atau ragu-ragu dengan rezeki yang dijamin oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t menjaminkan rezeki kepada sekalian makhluk-Nya dan sebagai timbal balasnya hamba pula diberi tanggungjawab (Hikmat 5). Orang yang ragu-ragu terhadap jaminan Allah s.w.t mencuaikan kewajipan yang diamanatkan kepadanya dan rajin mencari apa yang dijamin untuknya sehingga menceroboh sempadan yang menjadi jaminan untuk orang lain. Inilah yang terjadi pada orang tamak.
Bagaimana boleh dia menghampiri Allah s.w.t jika amanat yang diserahkan kepadanya diabaikannya dan tanggungjawab yang dipikulkan kepadanya dicampakkannya. Dia berasa ragu-ragu untuk menggunakan masa bersama-sama Allah s.w.t, bimbang rezeki yang dijamin tidak akan sampai kepadanya. Lantaran itu dia meninggalkan peluang bersama-sama Allah s.w.t kerana mengejar apa yang dia tamakkan. Orang ini memilih harta Allah s.w.t daripada Allah s.w.t yang menguasai harta itu.
Tamak dan sangkaan tidak berpisah. Orang tamak dihela ke sana ke mari oleh sangkaannya untuk mengejar kebendaan. Dia tidak sedar yang dia sudah menjadi hamba kepada benda, dan orang yang boleh mendatangkan benda itu kepadanya dapat menguasi dirinya itu.
Tetapi, dia menyangka dialah yang menguasai benda dan orang tadi, padahal dia tunduk kepada benda dan orang yang menguasai pemilikan benda itu. Sekiranya seorang raja dikuasai oleh perasaan tamak, akan wujudlah kerajaan di belakang tabir yang menguasai takhta dan pemerintahan secara tidak langsung.
Jika menteri kabinet dikuasai oleh perasaan tamak, akan wujudlah kabinet bayangan yang mempengaruhi keputusan menteri tadi. Kekuasaan, pangkat dan harta tidak memerdekakan seseorang yang tamak Dia hanya boleh merdeka jika dia membuang sifat ini. Apabila tidak ada lagi keinginannya untuk memiliki apa yang berada di dalam tangan orang lain, baharulah dia bebas berjalan menuju Allah s.w.t.
Dia sudah terlepas daripada sauh yang menariknya ke bawah.
Allah s.w.t memberi ancaman yang keras kepada mereka yang tamak.
Buat sahabat ku di Putrajaya dan Bangi..Artikel ini khas untuk ANDA...
No comments:
Post a Comment