Sambil tengok bola piala AFF Suzuki Malaysia vs Thailand... sempat jugak share KEKAL CANTIK DAN SIHAT
Untuk cantik, kita perlu sihat. Sihat fizikal dan mental. Hidup bermotivasi dan sentiasa berfikiran positif. Selain ....gollllllllllllllllllll.........alahai terkejut saya dengan jeritan 'gol' dari anak2 bujangku ini dan diketuai dengan papa diorang!!!!
Sambung balik...hehehe
Ok..Kecantikan adalah hak setiap orang..lelaki pun tak ketinggalan. Kecantikan tu bukan sahaja diukur dari paras rupa, tetapi penampilan dan perwatakan...Mari kita sama hayati tulisan ini..
 Senaman membina peribadi positif - 
 Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu 
mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit 
kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu 
pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan 
kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan 
berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang
 hayat. Oksigen bermakna udara segar yang perlu kita hidu secara konsisten. Santai ketika bersenam dan berjogging. Pasangkan lagu slow untuk menetapkan rentak dan ritma detik jantung.
 Merokok menambah usia wajah anda                                                                             Tar dan nikotin dalam rokok  akan memberikan kesan buruk 
kepada paru-paru dan akan mengakibatkan kulit berkedut dan kendur.
 Setiap sedutan asap rokok yang mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya 
akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen 
dan nutrien dalam darah menghampiri kulit. Ada yang mengatakan sebatang rokok memendekkan umur seseorang 5 saat. Itu kuasa Maha Pencipta. Tetapi dari segi saintifik, nikotin adalah partikal bebas yang merosakkan sistem imunisasi dan menambahkan kadar tua pada kulit dan wajah manusia.
Makanan berlemak akan menghantui  di usia tua                                           
            Walaupun berat badan  tidak bertambah sepanjang kita menikmati 
makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia  
meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah 
akan meningkat dengan meningkatnya usia Penyelidikan telah 
membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda 
mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda. Makanan berlemak secara berulang menyumbang kadar kolestrol dalam darah dan secara tidak langsung menjadikan sistem metabolisme menjadi lambat. Itulan petanda Obesiti....
 Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun –                          
 Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang 
yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting 
dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia
 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang 
akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu
 setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan 
vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk 
menguatkan tulang. Anlene dan Susu Omega yang dihasilkan di pasaran mampu membantu, tapi berapa kadar terbaik agar badan wanita akan tetap terus menerima kalsium? 8 gelas air suam (H2O) dan 4 gelas susu tinggi kalsium. Lebih baik kalau kita mengamalkan susu awal lembu...
Sayangi diri anda lebih dari orang lain –                                                                 
 Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan
 suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi 
keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan 
peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam 
dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan 
mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk 
menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk 
katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai 
anda. Ambil sedikit masa (1 hari 1 malam) untuk manjakan diri sendiri. Urutan aromaterapi mampu melegakan segala tekanan 
Semoga tulisan kali ini dapat membantu .  
No comments:
Post a Comment