Mereka memerlukan sokongan dan motivasi dari kita sebenarnya.. sebab itu ada pasukan yang ditubuhkan di sesetengah Hospital yang bertindak sebagai motivator yang bertugas mendorong penjaga pesakit stroke agar terus sabar dan tabah....dan lebih penting..mendidik mereka agar lebih banyak ilmu bagi memastikan pesakit strok jagaan mereka cepat sembuh!
Di sini, saya kongsikan apa itu STROK!
Strok di Malaysia.
Emosi. Imbangan. Koordinasi. Penglihatan. Pendengaran. Deria rasa. Pergerakan Terkawal.Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya
penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama
kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat
Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok,
termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.
Apakah strok?
Fungsi-fungsi otak.
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah
ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang
kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik
seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan
yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran
darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan
terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan
pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda,
pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap,
corak pemikiran dan ingatan terubah.
Serangan Iskemia Sementara (TIA)
Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.
TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.
**Penghargaan: Rajah-rajah digunakan dengan kebenaran Stroke Foundation of New Zealand.
SENARAI KUMPULAN SOKONGAN
Pusat-Pusat NASAM - Pusat-pusat NASAM erfungsi sebagai tempat di mana mangsa-mangsa strok boleh membantu diri mereka dalam proses pemulihan, untuk berinteraksi dengan mangsa-mangsa yang lain, dan untuk mendapatkan maklumat serta sokongan kumpulan bagi diri mereka dan juga penjaga mereka.
|
|
No comments:
Post a Comment