Saturday 8 December 2012

LAPORAN EKSEKUTIF



 Salam buat semua...lama rasanya saya tak upload apa2 dalam blog ini. Menyepi diri dan muhasabah diri...Selepas berpindah lokasi kerja, rasanya saya semakin tenang dan akan aktif semula berkongsi maklumat dan data untuk panduan semua pengikut blog NASUHA HEALTH AND BEAUTY CLUB...

Yang paling popular sekarang dalam carian laman sesawang ialah tentang LAPORAN...ini data pertama..moga dapat membantu carian kalian...Selamat maju jaya!



LAPORAN  EKSEKUTIF


PERKARA        Taklimat Penubuhan Kelab Bridget Penyelamat Sungai Bagi 80 Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

RUJ  SURAT 

TARIKH                      07 November 2012

MASA                         8.30 – 2.00 Petang

TEMPAT                     Monterez Golf & Country Club, Shah Alam

PENGERUSI              YBhg. Datuk Dr. Muzahet bin Masruri, Pengarah Eksekutif
                                    Bahagian Sumber Strategik & Perhubungan


AGENDA

1.         UCAPAN ALUAN

1.1    Ucaptama menyentuh tentang keperluan air dan kepentingan memastikan
 sumber air dari sungai di Malaysia diperlihara.

1.2    Pemilihan ‘Didi’ sebagai mascot Kelab Briged Penyelamat  Sungai (PBS) 
iaitu burung Raja Udang atau nama saintifiknya "Alcedo Atthis” adalah kerana 
burung Raja Udang hanya hidup di kawasan sungai yang bersih sahaja. 
Mengikut kajian, hanya terdapt 15 ekor burung raja udang sahaja di persekitaran 
 Di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

1.3    Penubuhan Kelab Briged Penyelamat  Sungai (PBS) ini telah mendapat mandate dari Kementerian Pelajaran (KPM) dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. (rujuk folio)         
  
1.4       80 sekolah yang hadir merupakan sekolah yang dipilih dan diberi nama
 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

1.5       Sekolah yang menubuhkkan Kelab JPS akan mendapat dana 100% dari 
Syabas dan Puncak Niaga untuk semua aktiviti yang dirancang dalam kelab.

1.6       Majlis Pelacaran 80 buah sekolah terpilih akan diadakan secara 
berkelompok pada bulan Februari 2013.

2.         Tindakan Susulan Oleh :

2.1       Penubuhan Kelas JPS atas persetujuan dari Guru Besar

2.2       Borang penyertaan dan Perlembagaaan boleh diakses melalui laman 
sesawang www.bps.org.my

2.3       Jumlah peryertaan terserta adalah bebas tetapi digalakkan seramai 40 
orang ahli atau lebih.

2.4       Borang hanya perlu dihantar ke PPD – Penyelia Ko-Kurikulum

2.5       Tarikh akhir penghantaran – 15 Januari 2013

Tindakan Susulan.

Taklimat dalaman dijalankan kepada Guru Besar dan guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum untuk dipanjangkan dalam mesyuarat. Taklimat berakhir jam 1.30 petang.

Disediakan oleh,                                                                     Disahkan oleh

……………………………                                ……………………………………….
Nama                                                               Guru Besar
Tarikh : 07 November 2013                             Tarikh :

No comments: