Saturday 8 December 2012

PELAN STRATEGIK UNIT PENGURUSAN HEM - FASA 1

Perancangan Strategik UNIT HEM 2013 - 2015 Teras 2 

 PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN MODAL INSAN BERKUALITI

 PENDAHULUAN
Pembangunan sahsiah dan modal insan berkualiti adalah menjadi agenda utama negara. Kualiti tidak boleh disempitkan hanya kepada pengiktirafan ISO sahaja tetapi kemajuan ilmu yang sebenarnya tersurat menerusi kualiti jiwa, minda, aspirasi dan cara hidup serta kemahiran yang dibangunkan dalam diri setiap ahli dalam mana-mana organisasi. Insan yang ideal ialah yang memiliki kemahiran berfikir, berhujah, berkomunikasi daripada pelbagai dimensi dan perspektif, berperwatakan mulia serta mahir mencari ilmu dan mesra ilmu. Modal insan juga merupakan modal manusia atau "human capital" dan membangunkan modal insan menjadi satu kemestian masa kini, bagi melonjakkan sesebuah institusi. Antara tumpuan dalam bidang ini ialah :
• Memperbanyakkan program pembangunan insan.
• Memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan meyeluruh.
• Menghasilkan modal insan berkualiti.
• Membentuk ciri keperibadian insan mulia.
• Membangun modal insan yang berilmu, beriman dan berdaya saing.
• Mewujudkan iklim ‘dini’ dan ‘biah’ solehah.
• Memupuk penghayatan terhadap nilai murni.
• Pembangunan modal insan memberi penekanan kepada :
* kemahiran komunikasi yang berkesan.
* kemahiran mengurus masa dengan berkesan.
* kebolehan menggunakan ICT dengan baik.
* kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis.
* memiliki nilai peribadi yang tinggi agar berupaya menjadi pemimpin berkesan.
* berkeupayaan menyelesaikan masalah.
* berkeupayaan mencipta peluang baru.
* mempunyai ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam menghadapi cabaran persekitaran
dunia global yang sentiasa berubah-ubah.

DASAR 
1. Salah laku sifar
2. Semua guru ialah guru disiplin
3. Semua pelajar mesti mematuhi peraturan sekolah
4. Sentiasa mengamalkan akhlak mahmudah

MATLAMAT

 1. Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia.
2. Melahirkan pelajar yang cemerlang dan kuat pegangan agama.
3. Melahirkan pelajar yang berfikiran matang dan bijak membuat keputusan.
4. Melahirkan kepimpinan berkualiti dalam kalangan pelajar.
5. Melahirkan pelajar yang mengamalkan budaya hidup Islam.

OBJEKTIF

 1. Memperkasakan Program Kecemerlangan Sahsiah Pelajar (BADAR, SUMUR dan Badan Dakwah Sekolah).
2. Memantapkan Majlis Kepimpinan  dan Unit Kepengawasan.
3. Menangani kes-kes kaunseling dengan cekap dan berkesan.
4. Memantapkan pengurusan disiplin.
5. Meningkatkan program motivasi pelajar.
6. Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam program pembangunan sahsiah.
7. Memantapkan elemen 3K

....................nanti sambung lagi.....

No comments: