Sunday 9 December 2012

PETUA KEKAL CANTIK & SIHAT

Sambil tengok bola piala AFF Suzuki Malaysia vs Thailand... sempat jugak share KEKAL CANTIK DAN SIHAT

Untuk cantik, kita perlu sihat. Sihat fizikal dan mental. Hidup bermotivasi dan sentiasa berfikiran positif. Selain ....gollllllllllllllllllll.........alahai terkejut saya dengan jeritan 'gol' dari anak2 bujangku ini dan diketuai dengan papa diorang!!!!

Sambung balik...hehehe

Ok..Kecantikan adalah hak setiap orang..lelaki pun tak ketinggalan. Kecantikan tu bukan sahaja diukur dari paras rupa, tetapi penampilan dan perwatakan...Mari kita sama hayati tulisan ini..

 Senaman membina peribadi positif
 Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat. Oksigen bermakna udara segar yang perlu kita hidu secara konsisten. Santai ketika bersenam dan berjogging. Pasangkan lagu slow untuk menetapkan rentak dan ritma detik jantung.

 Merokok menambah usia wajah anda                                                                             Tar dan nikotin dalam rokok  akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru dan akan mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap sedutan asap rokok yang mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit. Ada yang mengatakan sebatang rokok memendekkan umur seseorang 5 saat. Itu kuasa Maha Pencipta. Tetapi dari segi saintifik, nikotin adalah partikal bebas yang merosakkan sistem imunisasi dan menambahkan kadar tua pada kulit dan wajah manusia.

Makanan berlemak akan menghantui di usia tua                                                        Walaupun berat badan  tidak bertambah sepanjang kita menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda. Makanan berlemak secara berulang menyumbang kadar kolestrol dalam darah dan secara tidak langsung menjadikan sistem metabolisme menjadi lambat. Itulan petanda Obesiti....

 
Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun –                           Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang. Anlene dan Susu Omega yang dihasilkan di pasaran mampu membantu, tapi berapa kadar terbaik agar badan wanita akan tetap terus menerima kalsium? 8 gelas air suam (H2O) dan 4 gelas susu tinggi kalsium. Lebih baik kalau kita mengamalkan susu awal lembu...

Sayangi diri anda lebih dari orang lain –                                                                  Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Ambil sedikit masa (1 hari 1 malam) untuk manjakan diri sendiri. Urutan aromaterapi mampu melegakan segala tekanan 


Semoga tulisan kali ini dapat membantu . 

No comments: