Monday 4 February 2013

BUSY BODY..PENYEBOK..SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG...







Zikrullah

As salam, catchy kan tajuk hari ni..perkongsian yg saya dapat hari ni...ermm..macam biasa la..dari rakan sekerja...dari rakan sejawatan..

Ok Ok OK...ceritanya begini...Pagi2 sampai saya bertanya pada staf saya tentang rakannya yang dalam dunia 'morning sickness'...Bertanya khabar dan sebagai pentadbir, tunjuk keprihatinan.... Amat mengejutkan bila staf saya jawab..dah takde da..miscarriage..last week lagi!!!

Subbahanallah...Takziah dari saya!...Kemudian isu itu jadi topik perbualan dengan rakan pentadbir..perlukah kita menjadi PENYEBOK...BUSY BODY...JAGA TEPI KAIN ORANG...sebab dari mula lagi dalam kerjaya ini, saya memegang polisi..'I AM THE LAST PERSON TO KNOW BAD THING OR LATEST THING OR RUMOURS ABOUT OTHERS!!!'...

Isu di sini, mengambil tahun hal kawan...perlu supaya kita tak jadi macam kera sumbang...tapi bila terlebih tahu, takut nanti jadi 'google bergerak'...ahli mesyuarat tingkap..sebab ada bahan dan fakta yang boleh diceritakan atau dihighlight masa sembang petang...

Tapi ...dari debat kawan sejawatan, sebagai pentadbir kita kena jadi penyebok....ermmm...ermm... Prejudis? Sebab kita adalah barisan yang akan membuat penilaian tentang kerjaya mereka! Tapi...di sini la letaknya kewibawaan kita dalam menilai dan memberi penilaian...

Saya takut sangat tiba satu ketika nanti fakta yg saya terima menjadi 'auta' bila disampaikan oleh org kedua..ditokok-tambah oleh org ketiga..lebih takut lagi bila fakta bertukar menjadi 'fitnah'...

Apa2 pun...mari kita baca ni....

 

Maksudnya mendalam tu..jaga tepi kain orang ..rakan, jiran, saudara...mana tau mereka dalam kesusahan dan memohon petunjuk dan hidayah dari Allah agar menghadirkan seorang insan utk menghulur bantuan, maka Allah gerakkan hati kita untuk JAGA TEPI KAIN..

Jangan asyik suka untuk menyelaknya....maksudnya jaga apa yg patut dijaga! Kalau dia menghadapi kesulitan beban hutang...bantu la setakat kita mampu..bukan dok sibuk tanya..naper hutang, buat apa, nak bayar apa, dgn sapa berhutang....JANGAN JADI PENYEBOK

Jagalah tepi kain sendiri jangan sampai terselak...ni yang paling best nak kongsi..kaalu ingat balik dan pernah baca blog saya tentang maki hamun, caci cerca sorg hamba allah tentang sikap wanita bertudung..yg konon nya ada attitute problem...saya terfikir inilah contoh yg paling baik...Mengata attitude problem org lain tapi hakikatnya...hamba allah ni la yg ada 'attitude problem'..baik dari segi penampilan dan tutur bahasa...


Dalam masyarakat Melayu ada satu pepatah yang begitu terkenal yang menggambarkan kepedulian masyarakat yang begitu mendalam terhadap hal ehwal orang lain. Terkenalnya pepatah ini sehingga ianya sering digunakan oleh orang Melayu dan mungkin juga orang bukan Melayu dalam perbualan harian berbanding dengan pepatah-pepatah yang lain. Pepatah yang dimaksudkan ialah ‘jangan jaga tepi kain orang’ yang membawa maksud jangan ambil peduli hal orang lain.

Sebenarnya elok ke tak jaga tepi kain orang nih???? Zaman pun kurang pasti sebenarnya. Mari kita sama-sama menyingkap kebaikan dan keburukan menjaga tepi kain orang.
Dalam konteks kejiranan, kat pejabat, kawan-kawan, dan saudara-mara kita kenalah tegur menegur. Kena jaga tepi kain mereka,  setakat tepi kain saja tau. Yang tak boleh kita jaga sampai ke dalam kain itu. Ambil berat orang kata, sekadar melaksanakan tanggungjawab kita jaga menjaga sesama insan.
 
Semoga perkongsian ini menjadikan diri saya lebih tekal dengan keperibadian saya yg masih lagi terlalu dangkal ilmu pengetahuan, terlalu kerdil dalam dunia kemasyarakatan...Moga Allah pelihara saya dan keluarga juga semua umat Nabi Muhammad SAW di bumi Allah ini.... Akhir kata 1 JARI TUDING ORANG LAIN...4 JARI TUNJUK DIRI SENDIRI SEBENARNYA.....

No comments: