Saturday 2 February 2013

Penggunaan Ayat Suci Al-Quran

Selamat pagi..opss tengahari...Cuti hari Sabtu ni..mulanya cadang nak breakfast  dgn family kat club...tapi..last minit tukar plan!! Jadi breakfast mcm biasa..KOKOKRUNCH & SUSU SEGAR...hehehe...Dah tengahari macam ni..mula la lapar! Dalam melayari FB..terbaca status rakan "
Kuiah Selangorfm petang ini...bersama Dato' Hj Abd Majid Hj Omar, Timblan Mufti Negeri Selangaor ....tajuk : Hukum Menjadikan Ayat2 Al-Quran & Hadis Sebagai Lirik Lagu....

Banyak komen yg saya baca dan fahami..tetapi tidak berani untuk berdebat atau berkongsi maklumat..terlalu cetek ilmu saya tentang Muklizat Al-Quran...untuk memberi pendapat..rasanya tidak pantas berbuat demikian!! 

Walaubagaimanapun... saya catatkan di sini antara komen yang terkesan dalam minda dan sanubari saya tentang tajuk hari ini... Hukum Menjadikan Ayat2 Al-Quran & Hadis Sebagai Lirik Lagu.
 
PERKONGSIAAN KOMEN STATUS  RAKAN FB
 
  • Hukumnya..tak boleh jika dimainkan dgn muzik2 yg lagha....kalo untuk pendidikan kanak2 dharuskan agar kanak2 mudah ingt dan mudah dapat ilmu seperti m'hafaz doa2....kesimpulannya..tak boleh, sbb tak pernah dibuat olh para ulama' kerana ayat2 suci untuk dibaca & ditadabur, untk difahami seterusnya mengambil pengajaran untk diamalkan, bkn untk dijadikan hiburan.....apatah lg utk mengaut keuntungan....

  • sy bukan ust kak.. btul la tu.. mmg ayt quran xbleh dilagukan dgn alunan muzik kecuali taranum tanpa muzik. sy bkn xstuju kalau kt nk lagukan bila mgaji dgn lagu yg berlebihan, tp adab utk melagukan ayat suci cuma dgn tarannum/tilawah. itu pun bkn utk diperdengarkan kpd umum sbg pertandingan lebih2 lg golongan wanita. Al Quran satu mukjizat, mesti menjaga adab dan hak2nya, atas sbb tu juga imamus-syafie menegah org yg tiada wudhu' memegangnya kecuali ahlinya. wallahu a'lam.

  • ...baca al-quran bertarannum itu dalah sunat & digalakan....maksud tajuk di atas kalo ayat2 suci dijadikan lirik lagu utk dinyanyikan....amir kan cikgu muzik.....

  •  kak, itulah maksud sy.. dlm bacaan al quran dh ada nyanyiannya dgn tarannum. knp nak lagukan lagi ayat suci sdgkan dh ada jln utk lagukannya. sy tambah maklumat je, kalau nk lagukan selain lagu2 dlm tarannum, tetap xbleh. sbb quran ada adab dan haknya yg perlu dijaga. mmg sunat dn digalakkan bertarannum, tp dlm tarannum pula ada hak yg perlu dijaga bkn utk dipertandingkan. al quran digula2kan.
    apa pula hukumnya bertarannum utk mendapatkan nama, menerbitkan riak dan sum'ah, lebih2 lagi golongan wanita. sama je dgn tajuk kat atas, mendapatkan keuntungan smata2 dri nyanyian ayat suci.
  • tp nasyid kontemperori ada je yg jadikan ayat suci quran sbg lirik lagu. ttp dipandangan Allah, wallahua'lam. krn pandangan Allah xsama dgn pandangan manusia sekali pun ia seorang nabiyullah. kembali kpd sangkaan.
    Tarannum adalah utk memperindahan lagi keindahan al-quran &membezakan bacaan ayat2 suci al-quran dgn bacaan2 kitab lain...tp ia tak sama dgn bacaan kitab2 lain seperti org2 kristian, mereka ada lagu2 yg mereka nyanyi di gereja...org2 Hindu jg ada lagu2 sendiri....
    ayat2 al-quran mmg tak boleh dijadikan lirik krn untk menjaga keAGUNGannya sbg mukjizat sepanjang zaman....jaga kehormatan wahyu Ilahi....jgn sapai ayt2 suci dijadika apa2 shj sesuka hati...hatta gantung kat dinding, tp tk baca...kan?
    hehe.. depa lagu fana' syaitan.. tentulah xsama kak. bkn lagu tp mentera seru.. ape pun, sebuah penciptaan yg sempurna.
    ya..sbb tulah ada ilmu seni tarannum...
  • btul kak.. gantung tp xbaca ibarat ada ubat tp xmakan. sedih lagi bace pun xbtul dn xnak memperbetulkan. org suruh makan pil 2 biji dia makan 5 biji je. huhu 
     hehe. ape pun kak, tampak kehebatannya.
    akak tahu x, knp nabi S.A.W xpnh mohon doa seluruh umatnya beriman sdgkan dia habib Allah?
    ye ke...tp tak semua doa nabi Allah makbulkan...cnthnya nabi minta utk tanggung semua kesakitan sakaratulmaut seluruh umatnya....tp Allah tk makbulkan....hmmm...apa sebabnya 
    sy tanya akak, knp nabi xpnh berdoa..
    akak mesti ada jawapannya, sbb nabi yg memperkenalkan tuhan yg haq kpd umatnya, tentu umatnya pun faham knp.


    Dah baca komen rakan..ada persoalan yg belum terjawab iaitu KENAPA NABI TIDAK PERNAH BERDOA...sbb nabi yg memperkenalkan tuhan yg haq kpd umatnya, tentu umatnya pun faham knp.....ITU LA PERSOALANNYA??? KENAPA..maka dari pembacaan jurnal, beberapa perbincangan dari rakan blogger...saya hanya mampu berkongsi beberapa maklumat yg pada hemat saya, belum cukup fakta dan dangkal dalilnya..insya allah saya akan terus mencari maklumat..dalam penulisan akan datang...
 DAPATAN DARI SOAL JAWAB AGAMA
Apakah hukum menggunakan ayat al-Quran dan zikrullah sebagai nada dering/ ringtone telefon? memandangkan ianya (telefon )sentiasa dibawa ke tempat-tempat yang kadang kala tidak suci seperti tandas dan sebagainya..

apakah perisian al-Quran yang terdapat di dalam telefon dalam bentuk applikasi itu dikira adabnya sebagaimana hukumnya mushaf al-Quran? seperti perlu letak di tempat tinggi, dan sebagainya..

ana dahulukan dengan
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)

حسبي الله ونعم الوكيل
 
 DAPATAN DARI HUJAH  RAKAN BLOGGER
 Ayat Al-Qur’an dan lafadz adzan sesungguhnya adalah lafadz-lafadz yang digunakan dalam beribadah. Allah SWT sudah menjadikannya terkait dengan hukum-hukum syariat baik qira’ah Al-Qur’an atau sebagai panggilan untuk shalat. Sebagaimana telah dijelaskan dalam hadits yang menerangkan tentang itu. Dari Malik bin al-Khuarits ra, dia berkata, bersabda Rasulullah SAW:
Jika telah datang waktu shalat maka hendaklah salah seorang di antara kalian adzan.” (HR Bukhari Muslim). Demikian juga hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra dan Aisyah ra, “Sesungguhnya Bilal menyerukan adzan pada malam hari, maka makan dan minumlah hingga Ibnu Ummi maktum menyeru (Adzan).” Maka prinsip dasar kita dalam beragama adalah ittiba‘ (mengikuti sunnah) bukan ibtida‘ (menambah atau mengurangi sunnah). andaikan agama ini berdasarkan pendapat dan hawa nafsu, maka adzan yang lebih utama tentu untuk shalat ‘ied atau khusuf (shalat gerhana) daripada shalat lima waktu. Maka karena dasar agama ini adalah mengikuti sunnah, sehingga yang lebih utama adalah tidak menjadikan lafadz adzan untuk perkara-perkara dunia baik untuk ring tone HP ataupun alarm pada jam beker an semacamnya, selain adzan yang digunakan untuk penanda masuknya waktu shalat.

Maka menjadikan ayat Al-Qur’an dan lafadz adzan untuk ring tone HP dan sejenisnya adalah sudah termasuk hal yang sia-sia. Adapun pelakunya telah masuk dalam firman Allah SWT,
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Dan berkata Rasul, “Wahai Rabb sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur’an ini sebagai yang disia-siakan.” (QS. al-Furqan:30)

Hendaknya setiap kita mengetahui, bahwasanya dzikir kepada Allah akan dinilai sebagai ibadah jika dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan bukan dengan perkara yang diada-adakan. Sesungguhnya syarat suatu amalan adalah ittiba’ dan ikhlas. Tidaklah masuk akal Allah SWT menurunkan Al-Qur’an untuk dijadikan ring tone untuk menandakan adanya penelpon. Dan barangsiapa yang merasa melakukan demikian itu karena senang mendengarkan Al-Qur’an maka kami katakan, sesungguhnya mendengarkan Al-Qur’an ada beberapa jalan. Di antaranya adalah melalui kaset dan radio. Maka orang yang meletakkan kaset dalam tape recorder pasti dia berniat untuk mendengarkannya. Akan tetapi siapa yang menggunakannya sebagai ring tone HP, justru mempunyai tujuan lain yaitu sebagai tanda adanya penelpon, dan inilah yang dilarang. Andaikan saja seseorang ingin mendengarkan Al-qur’an sedang dia berad di tempat yang najis, maka kita katakan bahwa perbuatan ini tidak pantas bagi Al-Qur’an sehingga dia tidak boleh mendengarkannya. Jika dia membantah dengan alasan ingin mendengarkan Al-Qur’an, hal inipun tidak dapat dibenarkan karena tidak diperdengarkan dengan cara yang benar.

Kenyataannya, begitu ayat berbunyi langsung dimatikan, karena memang tujuannya bukan untuk mendengarkan ayat.
Musibah yang ditimbulkan dari perbuatan ini tidak terhenti pada hal ini saja tetapi akan berimbas pada yang lain. Lihat saja, ketika datang telepon dari seseorang, sangat mungkin HP yang sedang meperdengarkan ayat-ayat Al-Qur’an atau lafadz adzan itu akan segera dimatikan. Bahkan dia (penerima) menggerutu dan kesal setiap kali ring tone itu berbunyi, padahal ring tonenya adalah bacaan ayat-ayat Al-Qur’an atau lafadz Adzan. Seandainya ada yang membela diri bahwa dia mematikan HP dan menggerutu itu karena adanya penelopon yang tidak disukainya bukan karena ayat-ayat Al-Qur’an atau lafadz Adzan tadi, kami katakan, “Akan tetapi perbuatan yang kau lakukan ini terjaditerhadap ayat-ayat Al-Qur’an atau lafadz Adzan yang kau jadikan sebagai ring tone, maka mengapa kau jadikan ayat-ayat Al-Qur’an atau lafadz Adzan sebagai sasaran? Apakah ini masih termasuk memuliakan ayat-ayat Al-Qur’an atau lafadz Adzan?” Allah SWT berfirman:
ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
Dan barang siapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka dia termasuk dari ketakwaan hati.” (QS. al-Hajj:32)

 Oleh karenanya dalam hal ini, lebih utama bagi seseorang untuk mengganti ring tonenya dengan suara-suara yang lain, yang tidak berbau agama juga bukan pula berupa musik atau nyanyian. Inilah jalan yang lebih selamat bagi semuanya. (Qiblati)

DAPATAN DARI BLOG SETERUSNYA

 
 
Penggunaan Ayat Suci Al-Quran Sebagai Nada Dering Adalah Haram 
Saya dapati masih ramai lagi di kalangan kita yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone/nada dering. Niat mereka mungkin baik iaitu mungkin mendapat pahala apabila mendengar ayat-ayat suci tersebut.  
Tetapi, tanpa mereka sedari amalan tersebut sebenarnya dilarang dalam Islam. 
Satu mesyuarat Majlis Fatwa Ulama’ Saudi telah diadakan pada 17 Nov 2007 membincangkan perkara ini. Majlis ini dihadiri oleh 70 org perwakilan figh dunia dan ianya dipengerusikan oleh Mufti besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali Al-Syeikh. Hasil daripada perbincangan, ulama-ulama berpendapat: 

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”. 
Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Sheikh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh., pada hari Khamis 12 November 2009 telah mengharamkan penggunaan penggunaan Al-Quran sebagai nada dering kata beliau: 
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”. 
Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar: 
“Ayat-ayat yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” 
Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. 
Kata Sheikh Dr Mahmoud Ashour: 
“Ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. 
Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut: 
“Orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran mengganti tempat nada dering atau deringan musik”. 
Ini disepakati oleh Darul Ulum Deoband India yang juga mengharamkan amalan ini. Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur: 
“Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”. 
Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :- 
- Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering. 

- Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang mendengar itu diam dan mendengarnya. 

- Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh. 

- Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas. 

- Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. 
Wallahua’lam. 
[Sumber : Dragon Force

"Sila Kongsikan Mesej Ini Kepada Semua Umat Islam Kenalan Korang

No comments: