Thursday 14 February 2013

FIBER - SARANAN DARI NASUHA BEAUTY


Tiens Health Development (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada bulan January 2002, dan dilancarkan pada 18 Mac 2003. Ianya merupakan syarikat jualan langsung Negeri China yang pertama di Malaysia, dan dipilih sebagai ahli jawatan kuasa tetap MDDA Malaysia. Pada tahun 2009, Pengurus besar Tiens Malaysia telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MDDA Malaysia.

 Ibu pejabat Tiens Malaysia terletak di KL, setakat ini mempunyai cawangan masing-masing terletak di: P. Pinang, Kuching dan KK . Tiens Malaysia juga mempunyai lebih dari 50 buah stokis yang meliputi seluruh Malaysia. Selain dari pasaran kaum Cina, Tiens juga sangat ambil berat terhadap pasaran Kaum Melayu dan India, agar semua kalangan rakyat dapat menikmati keunikan sains perubatan China.

Setakat ini, Tiens mempunyai 70,000 ahli sedang menjalankan bisnes yang terdiri daripada lebih 50 jenis produk, termasuk: makanan kesihatan, alat kesihatan, produk penjagaan kulit, produk untuk lelaki dan wanita, produk pencucian, produk mengurus badan dll. Tiens akan terus memperkenalkan lebih banyak lagi produk yang berkualiti.

Visi: Menjadi peneraju depan bagi industri jualan langsung global.

Misi: Menyediakan kualiti produk dan peluang-peluang pendidikan kepada pengguna-pengguna global bagi meningkatkan kualiti hidup mereka, dan selaras membina masyarakat antarabangsa.

Jenama TIENS: Satu Dunia, Satu Keluarga



Nilai Jenama TIENS: Inovasi yang luar biasa, Tanggungjawab Utama, Kerja Berpasukan yang cemerlang

TIENS Brand Slogan: Bersama Kita berkongsi

Filologi Bisnes: Memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mengembalikan kesihatan yang baik kepada manusia.


MINUMAN BIO-FIBER TIENS

Kolon yang Sihat Asas Kehidupan Ceria

Dengan 10 Bilion Bakteria Bifido

Tabiat pemakanan masyarakat moden lebih cenderung kepada pengambilan makanan yang tinggi dalam lemak tetapi rendah dalam zat nutrisi seperti makanan terproses. Tabiat pengambilan serat yang rendah telah mengakibatkan timbulnya penyakit moden secara mendadak.

Penjagaan kolon memainkan peranan yang penting di mana kolon yang tidak sihat bukan sahaja boleh mempengaruhi penyerapan zat nutrisi malah menyebabkan masalah pencernaan seperti sembelit, buasir, divertikulosis, sindrom kerengsaan usus besar, masalah kulit, penyakit jantung, kencing manis dan kanser kolon.

4 Unsur Istimewa Untuk Penjagaan Kolon

1. Serat tidak larut - mempertingkatkan pergerakan usus - mengekalkan pH kolon - melindungi kolon terhadap karsinogen dan pertumbuhan tumor kolon

2. Serat larut - mengurangkan kolesterol LDL - menyelaras gula darah - melegakan sembelit

3. Pre-biotik - makanan untuk probiotik, untuk merangsang pertumbuhan dan aktiviti bakteria bermanfaat di dalam kolon - membantu mengekalkan keadaan intestinal yang sihat - mengurangkan penyerapan karbohidrat dan lemak - mempertingkatkan penyerapan mineral

4. Pro-biotik - menguatkan sistem pencernaan, mempertingkatkan penyerapan zat nutrisi dan fungsi metabolik - menguatkan sistem pertahanan badan - mengurangkan bakteria berbahaya dan toksin

- setiap paket mengandungi 10 bilion bakteria bifido
- membekalkan mineral dan vitamin yang unggul
- bebas daripada bahan pengawet
- tiada kesan laksatif
- tanpa kolesterol
- sesuai untuk vegetarian
- lazat dan sesuai untuk pengambilan harian

No comments: