Saturday 9 February 2013

SENAMAN PILATES

 Selamat pagi semua...selepas bercerita tentang NASUHA BEAUTY AND HEALTH CLUB, tentang 'Go Give Programme' yang dianjurkan oleh NBHC...tentang produk Kolagen  dan sabun pilihan terbaik pilihan di pasaran yang disarankan oleh NBHC... Tentang produk hormon stabilizer FIRMAX-3 yang terbaik.... Kali ini untuk melengkapkan ruangan Wellness NASUHA...Saya pilih senaman PILATES...sebagai satu cara selamat..kekal sihat, cantik dan ceria..


Yang penting, ini adalah saranan NASUHA BEAUTY AND HEALTH CLUB


Pilates adalah senaman yang menjadi trend masa kini di Malaysia. Anda pasti pernah mendengar tentangnya. Mungkin juga anda pernah mencubanya. Apakah sebenarnya kebaikan dan manfaat yang boleh didapati dari senaman ini dan adakah ia sesuai untuk semua golongan? Mari kita lihat bersama.

Senaman ini melibatkan pergerakan perlahan dan terkawal yang mampu melatih seluruh anggota tubuh. Senaman pilates  menitikberatkan kawalan ke atas bahagian teras tubuh iaitu bahagian abdomen, pinggang dan tulang belakang. Di samping itu, Senaman Pilates juga meletakkan kepentingan terhadap pengawalan pernafasan semasa melakukan postur dan rutin pergerakannya.


Apa manfaat pilates?

Di antara manfaat melakukan  pilates termasuklah:
  • menambahkan kelenturan,
  • membina kekuatan otot-otot teras
  • memperbaiki keseimbangan tubuh.
Manfaat-manfaat ini secara tidak langsung juga membantu mengelakkan masalah kesakitan yang biasanya timbul di bahagian bahu, leher, pinggang dan belakang yang disebabkan oleh kesan tegangan dan mampatan ke atas tulang belakang. Di samping itu, kedua-duanya merupakan senaman impak rendah yang lembut ke atas sendi dan otot. Ini membuatkan ia sesuai diamalkan oleh kebanyakan golongan termasuk wanita yang hamil atau selepas bersalin. Kedua-duanya memberikan fokus dan memupuk kesedaran ke atas tubuh, postur dan pernafasan yang diamalkan.
Pilates juga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain.
Pilates juga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain.


MENGAPA NASUHA BEAUTY AND HEALTH CLUB MEMILIH SENAMA PILATES UNTUK WANITA?


  1. Meningkatkan stamina supaya wanita lebih aktif,cergas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah atau wanita bekerjaya. 
  2. Mencegah tabiat buruk postural tubuh badan seperti membongkok semasa duduk khasnya ketika berada di hadapan komputer terlalu lama atau membongkok semasa memandu dalam keadaan bahu tegang,leher yang terlalu ke hadapan (chicken neck),tulang belakang yang terlalu ke belakang (hyper extension),tulang rusuk yang terlalu ke hadapan (popping ribs) dan lain-lain.
  3. Menghasilkan postur badan yang baik supaya dapat menambahkan ketinggian dan kelangsingan corak tubuh badan.
  4. Menghasilkan tubuh badan yang tegap dan kuat supaya organ-organ wanita dapat berfungsi lebih efektif serta meningkatkan daya tahan atau imuniti tubuh.
  5. Menyahtoksin supaya tubuh menjadi lebih sihat.
  6. Menguatkan struktur tulang belakang dalam usaha menjauhi osteoporosis.
  7. Mengurangkan tanda-tanda PMS iaitu sindrom pra-pengaliran haid.
  8. Mengurangkan tahap tekanan atau stress yang sering melanda wanita terutama ketika berhadapan dengan sesuatu permasalahan.
  9. Mempertingkatkan cetusan minda yang lebih pintar supaya mental lebih berfungsi mengatasi tahap emosi dalam kalangan wanita bekerja.

Kontroversi Agama Hindu

Terdapat beberapa persoalan atau keraguan apabila bercakap mengenai  senaman ini. Bagi senaman yoga khususnya, disebabkan ianya diasaskan di India, ramai yang berfikir bahwa amalannya berkait dengan agama Hindu.Bila berfikir tentang pilates, jangan fikir yang anda perlu terus membuat postur seperti headstand (berdiri di atas tangan) atau boat pose (badan membentuk huruf V).  

Sebagaimana dengan mana-mana senaman yang lain, anda perlu bermula dengan perlahan dan hanya membuat pergerakan setakat mana yang anda mampu. Apabila anda telah membiasakan diri dan melatih diri dengan pergerakan dan postur-postur tersebut, anda akan lebih lentur dan ia akan bertambah mudah untuk dilakukan.

Cuma Sesuai Untuk Wanita?

Jangan fikir  pilates ini hanya untuk kaum wanita. Ramai pengamal yoga adalah lelaki dan pilates juga sebenarnya diasaskan dan dinamakan sempena seorang lelaki iaitu Joseph Pilates! Bahkan, ramai pengamal yoga terkenal terdiri dari selebriti seperti penyanyi veteran Sting, pelakon Jeremy Piven dan penyanyi kumpulan Maroon 5 Adam Levine.

Meskipun dilihat sebagai senaman impak rendah, satu sesi yoga atau pilates masih mampu membuatkan anda berpeluh dan terasa seperti anda telah menghabiskan sejam di gym!  Anggaran kalori yang boleh dibakar dalam satu jam membuat yoga adalah lebih kurang 240 kalori.  Nilai ini hampir bersamaan juga dengan kalori yang dibakar dengan berjalan selama satu jam, bermain bola tampar atau berkebun selama satu jam.
Anggaran kalori yang boleh dibakar dalam satu jam membuat yoga adalah lebih kurang 240kcal…
Kali pertama saya mencuba yoga, saya pulang dengan pening kepala. Ini tidak melemahkan semangat saya atau membuat saya berfikir yoga itu senaman yang tidak bagus.  Sebaliknya, saya merasa yang itu merupakan kesan pemulihan, bahawa pergerakan yoga itu berfungsi mengerjakan otot dan organ dalaman tubuh dan ia menunjukkan saya perlu terus mengamalkannya.Selepas meneruskan beberapa sesi lagi, saya merasa lebih sihat, kuat dan segar setiap kali selepas mengerjakan yoga. Dan pening kepala juga berkurangan. Pilates pula membuatkan saya merasa kuat terutamanya di bahagian abdomen dan belakang. Ia banyak membantu mengempiskan dan menguatkan bahagian abdomen terutamanya selepas bersalin.  Ia juga membuatkan tubuh berasa ‘panjang’ dan tinggi.”Azlina, peminat dan pengamal yoga dan pilates
SERTAI SENAMAN PILATES?
 
Itu bergantung kepada anda sendiri. Apa yang pasti, senaman yang mempunyai manfaat yang tinggi dan mampu meningkatkan tahap kesihatan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga kesihatan mental anda dan penjagaan diri secara keseluruhannya.  

 Selamat mencuba.

No comments: