.....Sambung perbincangan dengan guru yang sy cakap dlm artikel terdahulu... Kali ni mengenai apakah yang dimaksudkan dengan amanah?
  
APA ITU AMANAH?
Ada 4 sifat nabi Siddiq, AMANAH, Tabligh dan Fatonah...lawan bagi sifat AMANAH ni adalah KHIANAT...
ApA maksud amanah ni? Dari segi bahasa, amanah berasal dari perkataan Arab, bermaksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis.
Dari segi nilai dan akhlak, amanah bermaksud menghargai
 kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan 
tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah 
ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan 
kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, 
tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini 
dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, terselamat dan 
harmonis (Mohd Nakhaie Hj. Ahmad 1996:2).
Amanah Sebagai Syarat Berimannya Seseorang 
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan 
tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna 
agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak 
sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad).  
 Amanah Sebagai Pengukur Kemunafikan Seseorang 
“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. 
katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tanda-tanda 
orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, 
apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia 
mengkhianati” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu 
Hambal).
“Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti 
terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan 
haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia
 berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia 
mengkhianatinya” (Riwayat Abu al-Syeikh).
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang
 munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara 
itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia 
meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, 
apabila bercerita ia dusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila 
bertengkar ia mengenepi kebenaran (menegakkan benang basah) (Riwayat 
Ahmad).  
(Artikel Pengukuhan Nilai 
Amanah:Sumber dan Perkaedahan oleh Profesor Muhammad Syukri 
Salleh)
Untuk bacaan lanjut lawati website ini:
http://www.geocities.com/muhammadsyukri/INTANAmanah.htmla
No comments:
Post a Comment