Mestikah
 dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat 
gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? 
Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari 
kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia 
orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya.. 
Kenapa mesti kita bersahabat??? 
1.
 Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana 
manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. 
Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi
 diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia
 memerlukan teman.. 
2. Sahabat adalah cermin 
diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti 
dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka 
kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah 
siapa sahabatmu.. 
3. Islam menganjurkan 
umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik 
seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti 
mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka 
kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah 
mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat 
keredhaanNYA...
Terima kasih & Quote dari blogger Tn. Hassan Adli b. Haji Othman
No comments:
Post a Comment