Prasangka buruk makan diri
HATI manusia tidak dapat dikawal untuk mereka
 fikir, kata dan tuduh  apa saja. Itu semua di luar jangkaan kita.
 Ilmu dan kehendak mereka itu  kemudian akan menghasilkan tindakan dan pelbagai tindak-tanduk.
Jika baik hati mereka,
maka baiklah cakap mereka,
baiklah layanan dan  sangkaan mereka.
Tetapi jika hati kotor,
apa lagi tindakan akan  diterjemahkan segala hitam
 yang bersarang di hati itu. 
Sebenarnya yang mengukur baik dan buruk seseorang
bukannya manusia kerana mereka tidak mempunyai
kuasa melakukannya. 
Yang paling mengetahui apa yang ada
 dalam hati kita ialah Allah.
 Dialah yang menilai kebaikan kita,
memberi rezeki serta memberi  kehidupan kepada kita.
Manusia
memang suka bersangka-sangka.
 Apa lagi sangkaan yang buruk.
Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring.
Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir.
 Contohnya,  jika hati yang berbaur dosa dan dengki
akan mentafsir kecantikan  seseorang, dia akan kata
perempuan itu memakai susuk. 
Demikian juga
apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai.
Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong. 
Memang manusia punya hak untuk bersangka.
Jika yang baik punya  sangka empunya diri yang untung.
 Hati tenang, minda damai, jiwa harmoni,
  disenangi dan mudah mendapat kawan. 
Jika sangkaan itu buruk,
jiwa pastinya akan sengsara.
Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik.
Pendek kata semua tidak kena.
Sebab
semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir,
sedangkan diri  sendiri tidak difikirkan.
Tabiat bersangka buruk terkena pada semua  golongan
tidak kira orang tua dengan cara dan kepakarannya
 manakala  orang muda dengan kehangatannya. 
Jika kita hendak layan
 semua sangka buruk orang dan semua hati
 kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita. 
Lihatlah kisah dan sejarah Luqman al-Hakim
dengan anaknya yang  menaiki seekor keldai.
Dalam perjalanan orang kata:
“Ada ke patut dua  beranak naik keldai, kesian keldai tu.”
 Selepas itu,
 Luqman duduk di  atas keldai dan anaknya tarik dari bawah.
Orang kata juga:
 “Ada ke patut  bapa biarkan anaknya menarik dari bawah.”
Kemudian mereka bertukar posisi lain pula,
 anak naik keldai manakala Luqman pula
 yang tarik dari bawah. 
Orang mengata juga,
anak macam itu buat ayahnya macam hamba.
Justeru, cara terbaik ialah
 merawat kembali penyakit buruk sangka. 
Berubahlah dengan memperbaiki diri sendiri.
 Membaiki diri  bersungguh-sungguh dengan membersihkan hati
daripada sifat keji  (mazmumah) kepada sifat terpuji (mahmudah). 
Perhatikan juga siapa kawan di sekeliling kita.
 Adakah kawan kita itu mendorong ke arah
 kebaikan atau keburukan? 
Jika kita
dapat menewaskan nafsu jahat
 dalam diri sendiri, nescaya kemenangan hidup
pasti berpihak kepada diri kita. 
Proses berubah jadi baik mungkin
 tidak semudah disangka, namun  sekiranya hati dan akal
sudah bertekad dan ada kesungguhan,
Allah pasti  permudahkan jalannya.
Ruang untuk perbaiki diri
sentiasa ada dan terbuka.
Justeru, tepuk dada tanya diri.
Mahu berubah atau tidak?
Beberapa cadangan diutarakan, antaranya:
No comments:
Post a Comment