Dalam melayari website dan blog kawan2..terfikir untuk cari bahan menulis dalam blog...tapi..fikiran buntu..tak dpt cari bahan..dlm FB adik2 berbalah hal pom[uan bertudung dan attitude problem...tp isu tu dah saya tulis semalam...
Terima kasih pada rakan seperjuangan yg juga merupakan tulang belakang Unit saya....isu JIHAD...maka ini yang dapt saya kongsi... Moga dapat memotivasikan diri sendiri...
APA ITU JIHAD ?
Memang tidak dapat dinafikan konteks jihad perlu diperkukuhkan oleh semua ummat
Islam
khasnya. Ini kerana para penulis bukan Islam sememangnya tidak dapat
dijangkau rahsia kejayaan pemimpin dan mujahid ummat Islam.Tetapi hakikatnya pandangan tersebut terlalu menyimpang dari kebenaran Islam dan revolusi yang diamalkan oleh ajaran Allah s.a.w. Hanya orang yang berilmu dan beramal soleh sahaja yang berupaya memahami hakikat jihad yang sebenar.
Adapun begitu, terdapat orang-orang yang tidak mampu memahami hakikat keimanan
kerana tidak memiliki pandangan rohaniah yang mendalam yang berhubung dengannya.
Mereka hanya menilai dan mengukur sesuatu berasaskan pertimbangan
kebendaan (meterialis) semata-mata. Sudah tentu penglihatan ini akan
gagal untuk membaca rahsia kekuatan orang-orang yang beriman yang bangkit dengan dengan kekuatan hidayah Allah serta berjaya menentang dan menghapuskan anasir thaqhut dan musuh-musuh Allah.
1. Definasi Jihad
1.1 Makna jihad secara etimologi
Perkataan jihad ( ) adalah terbitan daripada perkatan al-juhdu ( ) yang terdiri daripada himpunan maksud al-Thaqah ( ), yadhom ( ), dan al-Masyaqqah ( ).
Al-juhdu
bermaksud: berkerja keras lagi bersungguh-sungguh, al-thaqah bermaksud:
segala keupayaan al-masyaqqah: mengalami kesulitan dan kesukaran. Maka
jihad bermaksud berusaha bersungguh-sungguh dengan menghimpunkan segala
keupayaan yang termampu untuk melakukan sesuatu sehingga mengalami
kesukaran dan kesulitan di dalam usaha tersebut.
1.2 Makna jihad menurut Al-quran
Kata jihad dalam al-quran menunjukkan kepada beberapa makna yang berbeza, diantaranya:
Pertama: memerangi kaum kuffar dan golongan munafiq dengan bukti-bukti . Allah berfirman :
“ wahai nabi perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafiq”(QS.at-Taubah[9]:73,At-Tahrim[66]:9)
Allah juga berfirman dalam surah Al-Furqan:
“maka jangan lah kamu mengikuti orang-orang kafir maka berjihadlah terhadap mereka dengan A-Quran dengan jihad yang besar.”(QS.Al-Furqan[25]:52).
Kedua: memerangi orang sesat dengan pedang dan perang. Allah berfirman dalam surah Al-Nisa’[4]:95:
“Allah
melebihkan orang-orang berjihad dengan harta dan jiwanya atas
orang-orang yang duduk( tidak berjihad kerana uzur) satu darjat. Kepada
mereka masing-masing Allah menjanjikan pahala yang baik.dan Allah
melebihkan orang-orang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan
pahala yang besar.” (QS. Al-Baqarah[2]:218)
Ketiga: memerangi diri sendiri (mujahadah al-nafs). Allah berfirman dalamsurah Al- Ankabut[9]:6:
“Dan barangsiapa yang berjihad, maka jihadnya adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya dari semesta alam.”
Keempat: memerangi syaitan dengan cara tidak mengikutinya kerana mengharapkan hidayah. Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut[29]:69
“Dan
orang-orang yang berjihad(mencari keredaan) kami,benar-benar akan kami
tunjukkan kepada mereka jalan-jaln kami. Dan sesungguhnya Allah
benar-benar berserta orang-orang berbuat baik.”
Kelima: memerangi hati agar dapat berhubungan dengan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Allah berfirman dalam surah Al-Hajj[22]:78:
“Dan
berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dan
Dia telah memilih kamu dan sekali-kali. Dia tidak menjadikan untuk kamu
dalam agama suatu kesulitan.”
1.3 Makna jihad menurut sunnah Nabawiyah
Hadis-hadis nabawi tentang jihad sangat banyak dan mendukung penjelasan maknanya, diantaranya :
Al-Bukhari meriwayatkan daripada sanad Abdullah Bin Amr, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Aku
diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga sehigga mereka
mengatakan: ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah’. Apabila mereka mengatakannya,
maka mereka menjaga dariku darah dan harta mereka kecuali dengan
haknya, sedangkan hisabnya adalah Allah azza wa jalla.”
Abu Dawud meriwayatkan dengan sanadnya daripada Anas. Dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“ perangilah orang-orang musrik dengan harta-hartamu, jiwamu, dan lisanmu”
Makna
jihad hadis ini adalah berkorban dijalan Allah baik dengan harta, jiwa
dan lisan untuk berjihad dijalanNya. Yakni , bahawa jihad di sini
mencakupi jihad lisan dengan berbicara dan menulis dan jihad tangan
dengan perang dan pedang serta jihad infaq pada jalan Allah.
Setelah
maengambil bukti-bukti dari sunnah nabawiyah, dapat mengatakan jihad
dijalan Allah bererti mencurahkan segala kesugguhan , energy, harta dan
jiwa di jalan Allah agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi. Amal ini
akan dibalas dengan sangat mulia dan sangat baik di dunia, yaitu
kemenangan diatas musuh dan kukuhnya Agama Allah di muka bumi. Sedangkan
balasan di akhirat, akan menjadi balasan yang sangat mulia dari Allah
kepada hamba-Nya yang ikhlas, iaitu syurga.
2. Pembahagian Jihad
Ketahuilah
sesungguhnya jihad itu ada dua pembahagian iaitu jihad am dan jihad
khas. Pembahagian ini digunakan dalam Al-Quran dan As-sunnah.
2.1 Jihad Am
2.1.1 Pengetian Jihad Am
Jihad
am barmaksud usaha yang bersugguh-sungguh dalam perkara-perkara yang
disukai Allah yang berkaitan dengan keimanan, amal yang soleh, dan
menolak pekara yang dibenci oleh Allah daripada kekufuran, kebatilan,
dan kederhakaan.
2.1.2 Contoh jihad Am
Fuqaha
muslim berbagai zaman dianggap sebagai seorang yang mendalam ilmunya
dalam urusan agama Islam, kerana mereka mampu ngistinbat hukm-hukum
fiqih langsung dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Para fuqaha
membahagikan jihad am ini kepada empat bahagian iaitu:
Pertama: Jihadun Nafsi (memerangi hawa nafsu). Mereka menjelaskan bawa perang melawan hawa nafsu berada dalam empat aspek:
1. Memerangi hawa nafsu dengan cara mengarah untuk mempelajari ilmu agama dan mengetahui kebenaran.
2. Memerangi hawa nafsu dengan cara mengamalkan segala apa yang telah dipelajari dan difahami.
3. Perang melawan nafsu dengan cara mengajar ilmu dan amal yang telah dipelajari kepada orang lain.
4. Memerangi
hawa nafsu agar bersabar dalam mengajarkan ilmu agama, berdakwah dan
amar ma’ruf nahi munkar kerana menjadi sunnatullah seorang da’i pasti akan menghadapi tentangan yang menyakitkan daripada mad’u.
Terdapat
banyak ayat yang menjelaskan empat aspek dalam melakukan jihad melawan
hawa nafsu. Walau bagaimanapun keempat espek ini juga dirangkumi dalam
ayat:
“Demi
masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang saling
berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.” (QS.Al-Ashr[103]:1-3).
Ayat
tersebut mengumpulkan iman (allazina amanu), amal soleh
(wa’minush-solehat), ilmu dan mengajar (wa tawashau bil-haq),dan
kesabaran dan menahan kesulitan(wa tawashau bish-shabr).
Kedua: Jihadus-syaithan (jihad melawan syaitan).perang melwan syaitan, sebagaimana yang dikatakan oleh ulama salaf terjadi dalam dua espek penting:
1. Memerangi
syaitan dengan cara menentang keraguan yang dilemparkan dalam hati
manusia, yakni bisikan yang menggoyahkan iman. Memerangi syaitan dalam
espek ini dilakukan dengan cara iman, berzikir, istighfar dan membaca
ayat-ayat Al-Quran, khususnya surah Al-Ikhlas dan surah mu’awwizatain diserai dengan memperbanyakkan membaca: “A’udzu billahi minasy-syaithanirrajim”.
2. Memerangi
syaitan dengan dengan cara meniggalkan berbagai perilaku yang
menyimpang dari ajaran, perintah dan larangan Allah kerana syaitan
sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak adam. Cara memeranginya adalah
dengan cara bersabar untuk tetap taat kepada Allah, bersabar dari
berbagai kemaksiatan, dan bersabar terhadap musibah yang menimpa di
dunia, disertai dengan jalan mempersepir jalan yang dilewati syaitan
dalam tubuh manusia dengan cara berpuasa dan zuhud.
Ketiga: Jihad Ahli Zhulmi wal-Mungkarat (berperang melawan kedhaliman dan kemungkaran)
Jihad seperti ini adalah wajib menurut syara’ tetapi berbeza samaada fardu ain atau fardu kifayah menurut situasi yang berbeza:
Jihad
ini hukumnya fardu ain bagi orang yang melihat kedhaliman atau
kemungkaran dan tidak ada yang tahu kecuali dia maka dalam keadaan
tersebut wajib baginya mencencegah kedhaliman kan kemungkaran yang
berlaku.
Begitu
juga ketika tiada orang yang mampu mencegah kedhaliman kecuali dia
sendiri disebabkan kekuatan dan kekuasaan yang dia miliki. Atau, ketika
dia melihatnya adajuga orang lain tetapi tiada seorngpun yang berani
menentang kemungkaran dan kedhaliman tersebut maka wajib baginya
mencegah sesuai dengan kemampuan yang ada.
Jihad
jenis ini menjadi fardu kifayah apabila sebahagian kaum muslimin
telahmelakukan pencegahan manakala sebahagian yang lain berdiam diri.
Memerangi para pelaku kedhaliman dan Ahl bid’ahdiklasifikasikan menjadi tiga tingkatan:
1. Memerangi atau mencegah mereka dengan tangan (kekuatan dan kekuasaan)
2. Memerangi mereka dengan lisan dan tulisan
3. Memerangi mereka dengan hati
Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dengan sanadnya daripada Abu Said, Rasullullah SAW bersabda:
“Barangsiapa
daripada kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan
tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lisan,
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati. Itu adalah
selemah-lemah iman”
2.2 Jihad Khas
2.2.1 Pengertian Jihad Khas
Jihad
khas ialah mengeluarkan segala keupayaan dalam memerangi orang-orang
kafir dalam usaha menegakkan agama Allah samaada secara langsung iaitu
melalui peperangan atau atau memberi pertolongan berupa harta, pandangan
intelektualan atau sokongan kepada kumpulan Islam dengan meramaikan
ahli kumpulan Islam yang menentang golongan kafir atau pertolongan selain daripada itu.
Semua
usaha dan pertolongan tersebut termasuk dalam pengertian jihad khas
sekiranya tujuan peperangan itu adalah untuk memecah belahkan kekuatan
kuffar serta meninggikan dan memuliakan agama.
Seseorang
muslim tidak akan terlepas daripada melaksanakan jihad khas walaupun
telah melaksanakan jihad am kerana idak gugur kewajipan tersebut
sehingga orang kafir dilemahkan.
Termasuk
pegertian golongan kafir yang perlu dilemahkan ialah setiap golongan
musyrik, munafiq, mulhid(ateis), zindiq dan setiap orang murtad. Perlu
juga difahami disini bahawa pemerintah sekular adalah diantara jihad
khas kerana mereka bukan darikalangan kaum muslimin bahkan dikalangan
orang-orang yang kufur dan murtad disebabkan oleh penolakan mereka
terhadap hukum-hukum Allah SWT.
2.2.2 Dua Bentuk Kewajipan Jihad Khas
Kewajipan jihad khas itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu fardu ain dan fardu kifayah . Imam An-Nawawi Rahimahullah telah berkata dalam matannya Al-Minhaj: “
Jihad pada zaman Rasulullah SAW hukumnya adalah fardu kifayah, dan ada
juga yang pendapat yang lemah mengatakan hukumnya adalah fardu ain
adapun selepas daripada zaman Rasulullah SAW itu jihad menentang orang kafir terdapat dalam dua keadaan sahaja:
Yang
pertama: orang kafir berada didalam Negara mereka sendiri dan terdapat
daripada golongan orang Islam yang berkemampuan keluar berjihad, maka
gugurlah tuntutan fardu kifayah kepada sekalian daripada baki kalangan
orang-orang Islam.
Yang
kedua, orang –orang kafir telah memasuki Negara umat Islam maka
wajiblah dengan tuntutan fardu ain kepada seluruh umat Islam untuk
bangkit mempertahan dan menolak dengan apa sahaja yang paling mampu dan sekiranya mampu untuk bersiap sedia berperang,
maka wajiblah dengan apa yang termampu pada golongan umat Islam
sehingga orang fakir, kanak-kanak, orang-orang yang berhutang, hamba
abdi untuk berjihad.”
3.Pelaksanaan Jihad
3.1 Jihad Dengan Hati
Jihad
dengan hati merupakan martabat keimanan yang paling lemah dan terendah.
Jihad ini merupakan satu jihad yang semakin dilupakan sedangkan
kewajipan itu tidak diberi ruksah kecuali beberapa syarat yang telah
ditetapkan.
Sesungguhnya
ahli-ahli fiqh menganggap perbuatan berdiam diri daripada menghapuskan
bid’ah dan kemungkaran merupakan satu dosa yang berkongsi dengan pelaku
bid’ah dan kemungkaran tersebut kecuali dia dalam keadaan yang lemah
untuk mencegahnya.
Seseorang tidak boleh meninggalkan kewajipan Amr ma’ruf nahi mungkar kecuali dalam dua keadaan:
- Dia benar-benar yakin bahawa tindakannya melakukan amr ma’ruf nahi mungkar tidak memberi kesan kepada mad’u . Suruhan, cegahan dan larangannya semuanya sama.
2. Pasti bahaya akan menimpanya akibat suruhan atau tegahannya itu.
Selain
itu jihad dengan hati bermakna bukan hati itu mati, tidak memarahi
sesuatu kemungkaran tetapi hati menolak segala bentuk kemugkaran dan
maksiat yang berlaku dihadapan atau dibelakangnya.
3.2 Jihad Dengan Lisan
Jihad
dengan lisan bermaksud menyampaikan Islam kepada golongan kafir,
munafiq, dan fasiq dengan dapat mengemukakan hujah kepada mereka.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”
Jihad dengan lisan ini merupakan jihad yang besar kerana jihad tangan tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan jihad lisan.
Kawajipan
jihad lisan adalah kepada seluruh lapisan masyarakat sehingga kepada
golongan kuffar agar mereka tiada hujah dihadapan Allah kelak yang
mengatakan mereka tidak mendengar seruan dakwah. Seruan yang disampaikan mestilah jelas sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 35:
“maka tidak ada kewajipan atas para rasul, selain daripada(amanat Allah) dengan terang”
Jihad
ini tidak mungkin dilakukan kecuali oleh orang yang yang mempunyai
tahap keilmuan yang tinggi, mempunyai hikmah,akhlaq mulia dan kepintaran
lidah.
Termasuk dalam pengertian jihad degan lisan ialah member peringatan dan nasihat sebagaiman firman Allah SWT:
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesugguhnya peringatan itu bermanfa’at bagi orng-orang yang beriman”
Maka
hendaklah dalam memberi nasihat agar seseorang melakukan perintah Allah
dan meninggalkan larangan-Nya dengan menimbulkan didalam hati mereka
perasaan takut akan Allah, dinyatakan berita-berita mengenai ancaman
siksa, nikmat-nikmat syuga agar mereka terdorong dalam hati mereka untuk
melakukan kebajikan dan kebaikan.
Dalam
proses jihad beberapa aspek yang perlu dineri perhatian oleh da’i iaitu
mengutamakan perkara yang perlu diutamakan sewaktu
penyampaian(tabligh). Diantara perkara yang perlu diutamakan ialah
akidah daripada ibadah, kulliyat(dasar umum) daripada juzi’yyat(dasar
khusus) dan dahulukan yang dekat daripada yang jauh.
Selain
itu perkara yang perlu diberi pehatian oleh seorang pendakwah ialah
membersihkan diri, berhati-hati dan teliti agar penyampaiaan yang
dilakukan tidak membawa fitnah kepada agama Islam.
Seorang
da’I juga perlu mengetahuidengan membuat kajian tentang tempat yang
hendak disampaikan seruan tersebut seperti mengetahui pusat-pusat
kesesatan dan bilangan bilangan penyelewengan dan adkah negeri itu
negeri syiah atau sunni, apakah terdapat pengaruh komunis, freemasion,
atau sosialis.
Diantara cara-cara jihad dengan lisan ialah:
- Menyebarkan buku-buku Islam
- Mengadakan majalah, surat khabar dan pemplet yang menyampaikan kefahaman tentang Islam dan keadaan umat Islam.
- Syarahan atau mengadakan majlis ilmu dimasjid atau dirumah
- Melalui internet seperti membuka blog-blog yang dapat membincangkan masalah-masalah agama.
- Dakwah secara individu,ziarah dan kunjungan.
3.3 Jihad Pendidikan (Ta’limi)
Jihad
ta’limi ialah berusaha bersungguh-sungguh mengajar, memberi ilmu dan
mendidik orang-orang yang mahu memahami dan menghayati Islam. Walaupun
jihad ini kadang kala member pengertian yang serupa dengan jihad lisan
tetapi terdapat perbezaan padanya iaitu jihad lisan ialah
bersungguh-sugguh dalam menentang kedhliman secara lisan agar
orang-orang yang berkenaan kembali kepada Islam.
Ukuran
kejayaan jihad ta’lim ialah apabila kita berjaya menyampaikan keilmuan
yang sempurna kepada setiap orang muslim dan memberi tarbiah Islamiah
yang sebenar, betul lagi sempurna. Diantara keilmuan yang perlu dikuasai
oleh seorang mua’lim ialah Ilmu Aqidah, Ilmu Tafsir, Ilmu Hadis,
Mustholahul Al-Hadis (Ulum Al-Hadis), Fadhail A’mal, Ilmu Fiqh, Ilmu
Tasawuf, Ilmu Usul al-fiqh, Ilmu Bahasa Arab, Ilmu Sirah, Fiqhul-Dakwah,
Ilmu Aliran pemikiran semasa yang menyeleweng.
Antara cara-cara jihad ta’lim ialah:
- Mengadakan kursus pendek iaitu sebaik-baiknya selama empat puluh hari.
- Mengulangkaji atau membaca bahan ilmiah secara bersendirian.
- Mengulangkaji secara berdua supaya ilmu lebih bercambah.
- Membuka sekolah-sekolah agamaseperti mana yang dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu.
- Mengadakan halaqah atau usrah yang dapat mengajar pelbagai jenis ilmu agama terutama di masjid-masjid.
- Mengadakan rehlah bersama ahli-ahli jemaah Islamiah. Cara ini sangat berkesan kerana boleh menggabungkan antara ilmu, da’wah dan a’mal.
- Mengadakan kelab-kelab atau persatuan-persatuan disetiap institusi pegajian, sekolah, jabatan dalam negara.
- Mengajar dan mempergiatkan aktiviti keagamaan disetiap sekolah. Tanggugjawab ini terletak pada pihak pentadbir dan guru disekolah serta disokong oleh ibubapa pelajar.
- Mengadakan pengajaran ilmu secara on-line dan menggunakan tenologi moden dalam menyampaikan ilmu.
3.4 Jihad Dengan Tangan Dan Diri
Jihad
ini tergolong dalam jihad yang khas sekiranya dilakukan untuk menentang
golongan kuffar yang menentang Islam ataupun kita mempertahankan negara
daripada dicerobohi oleh musuh atau mengusir mereka dari bumi kita yang
telah dijajahi atau menentang pemerintah sekular yang berselindung
disebalik pakaian Islam. Allah berfirman:
$pkr‘¯»t ÓÉ<¨Z9$# ÏÎg»y_ u$¤ÿà6ø9$# tûüÉ)Ïÿ»oYßJø9$#ur õáè=øñ$#ur öNÍkön=tã 4 öNßg1urù‘tBur ÞO¨Yygy_ ( }§ø©Î/ur çÅÁyJø9$# ÇÐÌÈ
“Hai Nabi berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafiq itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka”
Walau
bagaimanapun jihad ini boleh digolongkan dalam jihad am kerana termasuk
juga dalam pengertian jihad tangan dan diri iaitu jihad menentang
golongan yang murtad, pemberontak yang menentang kerajaan Islam yang adil, orang fasiq, golongan yang melakukan kemungkaran dan kedhaliman.
Jihad dengan diri dalam negara Islam (Jihad Dalaman)
Ramai
umat Islam tidak memberi perhatian terhadap jihad ini sehingga terdapat
juga ulama yang mendiamkan diri tanpa memberitahu kepentingan jihad
dalaman kepada masyarakat walaupun negara mereka bala kemungkaran dan
maksiat yang semakin berleluasa.
Tidak
kurang juga golongan yang menyedari kepentingan jihad dalam tetapi
bertidkan berdiam diri kerana sikap pengecut yang ada dalam diri mereka
dan mereka dibuai dengan keselesaan hidup didunia yang bersifat
sementara.
Walaupun
hukum jihad ini mungkin berubah menjadi fardu ain, fardu kifayah, atau
sunat, namun tidak menjadi sebab bagi umat Islam meninggalkan dan
melupai jihad ini kerana akibat daripada meninggalkan jihad ini terlalu
besar pengaruh diantaranya umat Islam akan ditindas oleh golonagn yang
dhazim, gejala murta semakin berleluasa, dan Islam dikenali pada nama sahaja tetapi gaya hidup dan pemikiran mereka dipengaruhi oleh pemikiran Barat.
Memang
tidak dinafikan, peranan imam(pemimpin Negara) melaksana jihad tersebut
dengan umat Islam dalam usaha memerangi golongan munafiq, golongan yang
berfikiran sekular, golongan yang melakukan kedhaliman dan kefasikan.
Tetapi bagaimana sekiranya pemimpin umat Islam yang bernamakan Islam
pada pengenalan dirinya melakuakan kedhliman, kefasikan, bersifat dan
bercirikan golongan munafiq malah berfikiran sekular?
Maka
jawabnya tidak dapat tidak wajib bagi umat Islam bangkit menentang Imam
ataupun melakukan persediaan yang mengikut kemampuan masing-masing bagi
menjatuhkan imam tersebut dan menggantikan Imam yang lebih layak iaitu
Imam yang siddiq dan ikhlas pada agama Allah dan melaksana syariat
Allah.
Dalam
proses menjatuhkan imam yang dhalim dan fasiq tersebut maka perlu
dijelaskan disini bahawa cara pelaksanaannya adalah berbeza mengikut
tempat contohnya disesetengah tempat perlu mengangkat senjata
sebagaimana di Palestin, Iraq, Afghanistan, dan di lain-lain tempat bagi
menuntuk kedhliman yang dilakukan oleh Iman yang dhalim dan menjadi .
Terdapat juga disesetengah tempat menggunakan pen dan kertas undi
sebagai senjata untuk menjatuhkan imam yang dhalim dan berfikiran
sekular.
Maka
jelaslah bagi kita dengan sejelas-jelasnya jihad ini juga boleh menjadi
jihad khas dan pastinya ganjaran disisi Allah cukup besar kerana jihad
ini bukan mudah dilaksanakan. Firman Allah dalam surah Al-Taubah ayat
88-89.
“ Oleh itu, menjadi tanggugjawab ke atas setiap individu muslim berjihad dengan tangan dan
diri mereka didalam Negara Islam dalam semua keadaan dan kemampuan yang
ada. Sekiranya Imam yang memerintah seorang imam yang bertaqwa kepada
Allah dan melaksanakan jihad dalaman ini maka hendaklah kita membantu,
tetapi sekiranya mereka cuai hendaklah dinasihati dan digantikan imam
yang lain sekiranya imam yang cuai tadi berkeras tidak mahu melaksanakan
jihad dalaman secara sempurna.
Jihad Dengan Diri Keatas Negara Musuh
Jihad ini dilaksanakan mengikut keperluan, suasana dan keadaan. Sebagaiman yang dijelaskan oleh Said Hawwa dalm kitabnya Jundullah iaitu kaedah-kaedah dan natijah-natijah jihad ini, diantaranya:
1. Umat islam dipertanggungjawabkan untuk menyuburkan bumi Allah dengan syariatnya.
2. Kaedah fiqh:
“Sesuatu
yang wajib tidak dapat disempurnakan melainkan dengannya(sesuatu yang
lain), maka ia (sesuatu yang lain) menjadi wajib.”
Menurut
kaedah ini, maka dijelaskan disini matlamat asal jihad diri keatas
negara musuh adalah untuk menyuburkan muka bumi ini dengan syariat
Allah. Tetapi tidak terlaksana kewajipan tersebut melainkan diiringi
dahulu dengan kewajipan yang lain bersamanya iaitu dengan penyatuan
ummah, memperkukuhkan ekonomi ummat Islam, serta mewujudkan khalifah
yang beriman dan bertaqwa kepada Allah disetiap negara umat Islam
3.5 Jihad Politik (Jihad Politik)
Sebagaimana
yang telah jelaskan Im am Said Hawwa dalam kitbnya Jundullah, beliau
membahagikan jenis kerajaan yang wujud dimuka bumi ini, iaitu:
- Kerajaan Islam yang adil: Maka berkewajipan bagi umat Islam member nasihat , berhubung rapat, mempertahankan dan memperkuatkannya daripada serangan musuh-musuhnya, serta menentang musuh-musuh tersebut. Allah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayt 59:
“Taatilah kamu kepada Allah, Rasul, dan pemerintah (Ulul Amri) diantara kamu”
- Kerajaan Islam yang menyeleweng: Gejala penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan tersebut seperti ketua yang dhalim atau fasiq ataupun menggunakan ketua yang tidak layak dalam pemerinthan. Dalam situasi ini perlu kita melihat keadaan amir tersebut sekiranya amir tersebut mengiktiraf syariat Allah walaupun tidak melaksanakannya secara sempurna dan keadaannya masih lagi menunaikan sembahyang , maka tidak boleh umat Islam memerangi mereka kerana mereka nukan dari golongan kafir tetapi fasiq. Jika kita boleh memecat mereka secara damai maka hendaklah berbuat demikian. Sekiranya mereka tidak iltizam dengan solat dan menafikan hukum Allah maka wajib kita perangi sehingga had dan haq ditegakkan.
- Jihad politik dalam Negara kafir : Umat islam tidak mempunyai pilihan lain melainkan melaksanakan jihad didalam Negara orang kafir samaada pemerintah tersebut orang kafir atau orang murtad ataupun penjajah. Sekiranya mereka tidak berupaya berperang maka hendaklah mereka melakukan persiapan bagi yangdiperlukan untuk mendirikan nerajaan Islam. Selagi mereka mengabaikan tanggungjawab mereka maka selagi itulah mereka menanggung dosa kerena mereka mungkin mendedahkan generasi mereka kearah kekufuran.
3.6 Jihad Harta (Al-Mal)
Jihad
ini menjadi tunjang kepada semua jenis jihad kerana tidakmungkin
terlaksana jihad lain melainkan jihad harta. Contohnya jihad ta’lim dan
jihad lisan yang memerlukan pencetakan buku, suratkhabar, amphlet,
majalah dan sebagainya. Jihad siasi dan jihad diri yang memerlukan harta
bagi membiayai para pejuang dan dan menyediakan peralatan yang
diperlukan.
Sesungguhnya
jihad yang tidak disertai dengan jihad harta amt sukar dilaksanakan.
Hal ini dibuktikan melalui dengan banyak ayat Al-Quran yang menyebut
jihad harta dan jihad diri sekaligus. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang beriman diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka”
(surah Al-Taubah: ayat 111)
Oleh
itu umat Islam perlu saling melengkapi antara satu sama lain dalam
berjihad kerana terdapat golongan yang mampu berjihad dengan harta yang
dimiliki sahaja, terdapat golongan yang mampu berjihad melalui diri dan
begitu juga dengan jihad-jihad yang lain.
Maka
menjadi tanggungjawab golongan umat Islam yang mempunyai kemampuan dari
segi harta membantu saudara-saudara mereka yang berjihad dengan jihad
diri, jihad lisan, jihad jihad ta’lim dan jihad siyasi
seperti penyebaran buku-buku agama, menerbitkan makalah, membiayai
kursus-kursus agama Islam, dan membiayai guru-guru yang mengajar Agama.
Termasuk
juga dalam jihad harta dengan mengeluarkan zakat kerana wang zakat
digunakan untuk membantu umat Islam yang berada pada jalan Allah seperti
penuntut ilmu, guru yang mengajar ilmu Islam juga kepada golongan yang
berhutang.
6.0 Penghayatan Konsep Jihad Dalam Kontek Pembangunan Ummah
6.1 Penghayatan Konsep Jihad Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam
Ekonomi merupakan satu faktor yang sangat penting dalam pembangunan masyarakat dan Negara. Pembangunan dalam sesebuah Negara tidak akan tercapai melain keseimbangan ekonomi dalam sesebuah Negara.
Walau
bagaimanpun kita melihat banyak Negara yang mengunakan sistem ekonomi
barat untuk memajukan ekonomi mereka tanpa memikirkan secara mendalam
apakah sistem yang diperkenalkan dapat menyelesaikan krisis ekonomi yang
berlaku dan sekaligus memajukan ekonomi Negara mereka. Malahan terdapat
banyak Negara yang diperintahi oleh pemimpin Islam sanggup menggunakan
sistem ekonomi barat seperti kapitalis, sosialis, dan komunis dalam
memperkukuhkan kedudukan ekonomi mereka, akibatnya kita melihat
kemelesetan dan kemerosotan ekonomi yang berlaku disetiap Negara yang
menggunakan sistem ekonomi barat. Kemelesetan ini seterusnya menimbulkan
pelbagai masalah sosial dan memberi kesan kepada politik
dalam Negara tersebut seperti berlakunya rusuhan pekerja disebabkan
premis-premis dan firma-firma tidak dapat meneruskan kegitan perniagaan
disebabkan kekurangan modal dan kegagalan untuk membayar gaji pekerja,
berlakunya kecurian dan rompakan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan
dan sebagainya, kegagalan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan dan
kebajikan kepada masyarakat sehinggakan masyarakat hilang kepercayaan
terhadap pemerintah.
Kita menyaksikan dunia Barat mengalami beberapa krisis dan keruntuhan ekonomi yang merudum iaitu The Great Depression 1929, The Black October 1987 dan
Krisis Asia 1997/98.begitu juga kita nyaksikan sejarah bagaimana
keruntuhan kerajaann Otmaniah Turki, kejatuhan empayar Otmaniah Turki
pada awal 1900-an juga berpunca dari penggunaan wang kertas bagi
menggantikan dinar emas akibat kerajaannya beerhutang dengan
pemodal-pemodal elit Yahudi seperti Rothschild, Morgan dan bank-bank
British dan Perancis.
Keadaan
ini adalah berbeza dengan ekonomi yang diianjurkan dalam Islam yang
berteraskan wahyu Allah dan pastinya kepentingan dan hikmah disebalik
ekonomi yang dianjurkan oleh Islam menjangkaui kemampuan akal manusia
untuk memikirkannya kerana akal manusia memang bersifat lemah dan
pemikiran manusia boleh berubah dalam situasi tertentu. Maka Islam
menganjurkan satu sistem yang direka oleh Pencipta yang Maha Agung yang
mencipta manusia dan alam dan pastinya Pencipta ini tahu apa yang
dikehendaki oleh barang yang diciptanya., sebagai analogi pembuat kereta
pasti tahu macam mana untuk mengunakan kereta yang diciptanya dan apa
yang diperlukan oleh kereta tersebut.
Sistem
yang dianjurkan dalam Islam ini menjauhkan manusia daripada sebarang
kemudharatan yang menimpa umat seterusnya menjamin kebahagian kehidupan
di dunia dan akhirat. Contohnya Islam mengharamkan jualbeli beberapa
bentuk harta kekayaan seperti khamar dan khinzir,
mengharamkan pemanfaatan dan penyewaan beberapa tenaga manusia seperti
dansa dan perlacuran.
Pengharaman
minuman keras kerana sebagai seorang muslim percaya bahawa barang
tersebut bukanlah barang ekonomi. Begitu juga Islam mengharamkan riba
sebagai barang ekonomi baik kepada muslim mahupun bukan muslim dan
mewujudkan baitulmal bagi memastikan kebajikan umat terjamin melalui
pengenaan zakat kepada umat Islam, jizyah dan kharaj kepada bukan Islam.
Islam menganjurkan umatnya agar berusaha dan berkerja dengan
bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki asalkan rezeki itu halal.
Maka
jihad yang ingin diutarakan disini ialah jihad umat Islam dalam
mengembalikan sistem ekonomi Islam dalam mengganti sistem ekonomi barat
yang dangkal dan cacat sebagaimana yang telah terbukti kesan
pelaksanaannya dikebanyakan Negara. Dengan tertegaknya sistem ekonomi
Islam maka segala gerak kerja dalam melaksanakan jihad yang lain menjadi
mudah dan diberkati kerana sumbernya yang halal. Kita juga melihat
kesannya iaitu umat Islam berada dalam keadaan yang teguh ekonominya dan
kadar kemiskinan yang menimpa umat Islam semakin menurun dan sifar
dengan keizinan Allah.
6.2 Penghayatan konsep jihad dalam pembangunan pendidikan umat islam.
Penekanan
terhadap pendidikan anak-anak khususnya pendidikan bagi umat Islam
supaya hidup dengan nilai-nilai kebaikan, spiritual, dan moral semakin
dilupai oleh umat Islam pada masa kini. Keadaan ini menyebabkan, umat
Islam tidak menguasai dan memahami dengan sebenar-benarnya ajaran Islam.
Kebanyakan institusi pendidikan pada masa kini sama ada pendidikan awal atau institusi
pengajian tinggi hanya berusaha untuk melahirkan individu pragmatis
yang bekerja untuk meraih kejayaan material dan profesion sosial yang
akan memakmurkan diri, masyarakat dan Negara tanpa berhubung rapat
dengan kehidupan selepas mati. Memang tidak dinafikan, institusi pendidikan sebegini sememangnya Berjaya
melahirkan individu yang dapat memberi produktiviti kepada Negara dari
segi material namun kebanyakannya tidak mempunyai adab –adab yang tinggi
terhadap penciptanya dan makluk lain.
Keadaan
ini disebabkan pendidikan pada waktu kini telah dipengaruhi oleh sistem
pendidikan sekular yang hanya menekan pendidikan duniawi semata- mata
manakala pendidikan ukhrawi(pendidikan agama) diabaikan. Sebenarnya,
agama islam memiliki tujuan yang lebih komprehensif jika dibandingkan
dengan sistem pendidikan sekular yang semata mata menghasilkan para anak
didik yang memiliki paradigma yang pragmatis. Islam sebenarnya tidak melarang umatnya menuntut ilmu duniawi tetapi
jangan terlalu mengejar ilmu tersebut sehingga mengabaikan
tanggungjawab mereka untuk menuntut ilmu fardu ain iaitu ilmu agama.
Sepatutnya,
ilmu-ilmu lain perlu dimasukan unsur-unsur Islam dalam setiap bidang
ilmu pengetahuan seperti penerapan pendidikan Sains berlandaskan wahyu
Allah iaitu Al-Quran dan As- Sunnah. Begitu juga dengan ilmu-ilmu yang
lain seperti geografi,matematik,ekonomi dan sebagainya dengan kata lain
setiap ilmu yang dipelajari perlu dikaitkan dengan kebesaran Allah,
menjadi bukti kebenaran agama Islam seterusnya meningkatkan keimanan dan
keyakinan umat islam terhadap ajaran agama.
Maka inilah jihad dalam pendidikan yang dituntut dalam Islam pada waktu ini iaitu dengan melakukan perubahan dalam kurikulum di
setiap negara yang mengunakan pendidikan secular-liberal yang
menyaksiakan kepada kita ketidakberkesanan sistem pendidikan tersebut.
Dengan perubahan kurikulum, lingkungan belajar yang deeni kemantapan
misi, visi dan tujuan pendidikan dalam Islam, maka institusi-institusi
pendidikan islam dapat membentuk individu yang benar-benar memahami dan menghayati prisip-prinsip dalam Islam dalam kehidupan mereka
Pendidikan
Islam juga akhirnya dapat melahirkan individu yang menyedari
tanggungjawabnya terhadap pencipta dan melaksanakan kewajipannya
terhadap diri masyarakat dan Negara.
6.3 Penghayatan konsep jihad dalam konteks pembangunan sosial ummah.
Umat
Islam pada waktu ini, telah dilekakan oleh gejala hiburan dan
keseronokkan hidup yang melampau. Mereka lupa tujuan mereka hidup di
dunia dan tanggungjawab mereka terhadap agama. Gejala hiburan yang
melampau ini dikenali sebagai budaya hedonisme. Menurut kamus dewan
hedonisme ialah pegangan hidup yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup. Golongan
yang diserang penyakit hedonisme beranggapan bahawa sesuatu perbuatan
yang baikakan mendatangkan kelazatan dan kenikmatan. Ini jugaadalah
tujuan akhir hidup mereka.
Jika diteliti hedonism merupakan salah satu cabang fahaman sekularisme yang menimpa umat pada waktu
ini. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme
yang ingin membebaskan manusia dadipada unsur ketuhanan. Konsep
hedonisme adalah satu konsep yang salah dan bercanggah dengan ajaran
agama kedaan ini bibukti dengan pandangan dua individu terhadap
permasalahan pembunuhan. Seorang individu mengata pembunuhan adalah satu
yang menyeronokkan bagi dirinya seorang individu lagi mengatakan
pembunuhan suatu yang menakutkan.
Hal
ini jelas bahawa budaya hedonisme amat bertentangan dengan akidah umat
islam kerana budaya hidonisme mementingkan kebebasan berfikir manakala
akidah Islam menjadikan A-Quran danAs-Sunnah sebagai paksi pemikiran.
Islam tidak menghalang umatnya berseronok dan dan berhibur tetapi perlunya
seseorang individu itu sedar bahawa hiburan yang diminati itu tidak
menyebabkan diri mereka lalai daripada melaksanakan kewajipan sebagai
individu muslim dan hiburan yang digariskan oleh Islam adalah tidak
melampau sehingga melanggar batas yang telah ditetapkan oleh syarak
seperti nyayian yang menggagungkan makhluk daripada tuhan, hiburan yang
menggambarkan imej yang mendedahkan aurat, hiburan seperti
cerita-cerita yang menghina Islam dan sebagainya. Semua hiburan yang
telah dinyatakan tersebut bukan sahaja member kesan yang buruk kepada
fizikal dan perlakuan individu malah memberi kesan kepada iktiqad atau
akidah mereka.
Kita
melihat gejala hedonisme telah lama menular dalam diri umat Islam malah
menyebabkan berlakunya krisis-krisis akidah dan kemaksiatan kepada
Allah seperti gejala murtad, meminum arak, berjudi dan kelab tari
menari.
Maka
menjadi tanggungjawab bagi umat Islam disemua peringkat untuk bangkit
berjihad untuk membersihkan pemikiran umat Islam pada masa kini daripada
budaya hedonisme dan menerangkan konsep hiburan yang digariskan dalam
Islam . Sebagai contoh agensi kerajaan berperanan mengadakan
program-program keagamaan dengan menjadikan hiburan Islam sebagai
altenatif menarik minat mereka mendekati ajaran agama dan memahaminya,
dan mengenakan hukuman yang berat kepada golongan yang menjalankan
aktiviti hiburan yang melanggar batas syara’. Begitu juga kepada pihak
pentadbiran di seluruh istitusi pendidikan dan guru-guru disekolah
memainkan peranan jihad ta’lim iaitu menerangkan tentang ajaran agama
yang tidak mengongkong umatnya tetapi memandu umatnya agar mengikuti
saluran yang betul dalam setiap pekerjaan yang dilakukan supaya mencapai
kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
.
Masyarakat
sekitar juga berperanan dalam mencegah segala aktiviti yang melalaikan
kehidupan umat Islam dan golongan yang berpendidikan agama berani tampil
di masjid-masjid dan surau-surau untuk mengadakan majlis ilmu disana
dan mempergiatkannya.
Daripada
usaha jihad yang dilakukan maka kita dapat menyaksikan keunggulan Islam
dalam segala aspek seperti cara bermuamalat antara lelaki dan
perempuan, gejala sosial seperti penzinaan dan pembuangan bayi tidak
lagi berlaku, umat Islam menguasai pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu
sains, sosial, politik dan sebagainya kerana mereka tidak dilalaikan
dengan keseronokan hidup didunia.
6.4 Penghayatan Konsep Jihad Dalam Konteks Pembangunan Politik Umat Islam
Terdapat
sebahagian umat islam pada hari ini memandang bahawa politik merupakan
sesuatu yang kotor dan buruk . pandangan yang tidak berasas ini dan
jumud ini disebabkan oleh kejahilan diri mereka berkenaan dengan politik
serta propaganda-propaganda yang dilemparkan oleh sebahagian masyarakat
serta hasil pemerhatian mereka terhadap suasana politik yang berlaku
disekitar mereka.
Suasana
yang berlaku pada hari ini berlaku pada hari ini memperlihatkan betapa
ghairahnya golongan tertentu untuk memperolehi kedudukan dan kuasa.
Keadaan ini juga menjadsi semakin teruk apabila digunakan istilah demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat yang kononnya lebih ideal disebalik istilah yang lunak didengar.
Terdapat
juga sebahagian golongan yang terlibat dengan politik mempergunakan
agama untuk meraih kedudukan dalam masyarakat. Tidak kurang juga
golongan yang memperjuangkan parti mereka atas dasar ketuanan sesuatu
bangsa, memperjuangkan parti yang memperjuangkan ideologi sekular sama
ada mereka menyedarinya ataupun tidak.
Golongan
yang ta’sub dan fanatic dengan kumpulan politik masing-masing
menyebabkan mereka berusaha mempertahankan pendapat mereka walaupun
bercanggah dengan ajran agama. Keadaan ini bertambah buruk apabila
mereka yang terdiri daripada golongan umat Islam sanggup menghukum
seseorang yang berlainan parti dengan mereka sebagai seorang kafir
lantaran mempertahankan ideology masing-masing.
Perpecahan
yang berlaku dalam komuniti umat Islam disebabkan pertelingkahan yang
berlaku antara parti-parti politik akhirnya menuntut mereka mencari satu
titik persefahaman dalam menentukan jalan mana yang harus mereka ikuti
agar mencpai kebahagiaan hidupmereka samaada didunia mahupun diakhirat.
Maka tidak akan dapat ditemui jalannya melainkan mereka kembali kepada
ajaran agama Islam yang sebenar yang termaktub dalam
kitabullah(Al-Quran) dan sunnah Rasulullah SAW(Hadis) yang dapat
menyatukan umat manusia sejagat. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat
59:
“wahai
orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
rasulullah dan ‘ulil Amri’(orang-orang berkuasa) dari kalangan kamu.
Sekiranya kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu
kembali kepada Allah (A-Quran) dan Rasul(Sunnah Rasulullah SAW) jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik dan lebih elok kesudahannya.”
Allah, Tuhan
Semesta Alam yang mencipta manusia dengan tanpa sedikit kesusahan
bagiNya. Sudah pasti seorang pencipta lebih mengetahui apa yang
dikehendaki oleh barang yang diciptanya sebagaiman pencipta kenderaan
sudah pasti apa yang diperlukan oleh kenderaan tersebut bangi
membolehkan kenderaan tersebut memainkan peranannya. Maka Allah SWT,
menurunkan Al-Quran dan menutuskan Rasul sebagai panduan hidup manusia.
Manusia
harus mengikuti segala apa yang diperintah kan oleh Allah agr
hidupmereka tidak terjerumus ke lembah kebinasaan. Mereka perlu
mengikuti segalaperintah Allah dalam setiap aspek kehidupan seperti
muamalat, jinayah, sosial, ekonomi dan sebagainya yang merangkumi segala
aspek lapangan hidup termasuklah dalam berpolitik.
Maka
wajib umat Islam pada hari ini menurut politik yang ditunjukkan oleh
Islam bagi merialisasikan impian mendirikan kerajaan Islam yang
diperintah oleh pemeritah yang adil dan sanggup melaksanakan syariat
Allah dimuka bumi ini agar masyarakat mencapai kebahagian dalam hidup
mereka. Kebahagiaan dan terbelanya keadialan dalam masyarakat ini telah
terbukti sejak daripada pemerintahan yang dilaksanakan oleh Rasulullah
SAW, para sahabat Baginda dan khalifah-khalifah selepasnya sehingga
jatuh kerajaan Turki Uthmaniah. Maka inilah jihad yang dituntut oleh
Islam dalam jihad politik iaitu berusaha mengebalikan khalifah Islamiah
yang memerintah dunia dengan adil dan menurut syariat Allah. Perlu juga
dijelaskan juga bahawa matlamat khalifah Allah bukan
sahaja untuk melaksanakan syariat Allah sepertimana yang diperjelaskan
oleh ulama tetapi juga bertujuan untuk memelihara agama Allah.
Terima kasih pada rakan blog yg berkongsi ide....
No comments:
Post a Comment