Wednesday 9 January 2013

AMANAH

.....Sambung perbincangan dengan guru yang sy cakap dlm artikel terdahulu... Kali ni mengenai apakah yang dimaksudkan dengan amanah?

 
APA ITU AMANAH?

Ada 4 sifat nabi Siddiq, AMANAH, Tabligh dan Fatonah...lawan bagi sifat AMANAH ni adalah KHIANAT...

ApA maksud amanah ni? Dari segi bahasa, amanah berasal dari perkataan Arab, bermaksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis.

Dari segi nilai dan akhlak, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, terselamat dan harmonis (Mohd Nakhaie Hj. Ahmad 1996:2).


Amanah Sebagai Syarat Berimannya Seseorang
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).

“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad).


Amanah Sebagai Pengukur Kemunafikan Seseorang
“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal).

“Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia mengkhianatinya” (Riwayat Abu al-Syeikh).

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercerita ia dusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepi kebenaran (menegakkan benang basah) (Riwayat Ahmad).

(Artikel Pengukuhan Nilai Amanah:Sumber dan Perkaedahan oleh Profesor Muhammad Syukri Salleh)

Untuk bacaan lanjut lawati website ini:
http://www.geocities.com/muhammadsyukri/INTANAmanah.htmla

No comments: