Thursday 10 January 2013

PETUA CANTIK SECARA MURAH DAN TRADISIONAL

Petua cerahkan kulit muka
Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. Baca selawat n doa selalu.yang paling penting solat 5 waktu


Petua naikkan seri muka

Ambil air basuhan beras untuk bilasan yang kedua atau yang ketiga. Sapu pada keseluruhan muka air basuhan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih


Hilangkan hitam bawah mata
 Penyebab hitam/gelap bawah mata ada banyak sebab terjadinya keadaaan ini, antaranya ialah;
  1. Genetik - lebih cenderung kepada orang yang berkulit hitam dan kita-kita orang asia ni yang lebih banyak melanin pada kulit.
  2. Banyak terdedah pada cahaya matahari (sun damage) - sANGAT terdedah dengan cahaya matahari akanmenyebabkan kulit kita lemah, terutamanya kulit bawah mata!
  3. Allergy - orang yang selalu alergi, bersin-bersin menyebabkan lingkaran gelap ni makin parah.
  4. Penuaan - Makin menua (mestilah makin tua kan?takkan makin muda. Bila makin tua ni kulit makin hilang keupayaan mengekalkan kolagen dalam kulit, maka kulit bawah mata yang sangat halus ni menjadi mangsanya.
  5. Stress
  6. Tak cukup tidur
  7. Terlebih kopi, teh, alkohol, merokok dan melakukan perkara yang tak berfaedah setiap malam!(jaga malam ler)

Tips hilangkan lingkaran hitam bawah mata 



1. Banyakkan meminum air kosong.

Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.



2. Makan sayur-sayuran hijau

Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.


kedutan bawah mata
3. Gunakan timun atau tomato

Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.



Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?

Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.

Nak petua lain nanti ada masa sy tulis lagi yer...
 

No comments: